Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-64, Airbnb melancarkan siri maya Pengalaman Atas Talian bersama hos-hos Malaysia dengan hanya RM1 setiap sesi.
Sempena Hari Merdeka ke-64, Airbnb melancarkan satu siri virtual khas Pengalaman Atas Talian yang hanya berharga RM1. Daripada pertunjukan silap mata yang mengujakan, seni batik kreatif, sehinggalah ke program permainan dan perkongsian tentang cara memupuk mentaliti peserta Olimpik oleh seorang atlet tanah air, setiap sesi pengalaman ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan Hari Merdeka terus dari rumah.
Siri virtual istimewa ini akan berlangsung sepanjang hari pada 31 Ogos 2021. Kerana setiap sesi untuk setiap pengalaman adalah terhad, tempahan ditawarkan secara ‘first come, first serve basis’. Berikut adalah senari pengalaman yang ditawarkan oleh hos-hos lokal:
Membuat Batik Bersama Artisan Malaysia
Masa: 11AM – 12PM
Kini, anda berpeluang belajar menghasilkan karya batik anda sendiri serta mereka bentuk motif batik dengan pelbagai teknik tradisional warisan bangsa.
Pertunjukan Silap Mata oleh Andrew Lee
Masa: 8PM – 9PM
Bersedia untuk terpesona dengan pertunjukan silap mata yang luar biasa oleh Andrew Lee, yang merupakan semi finalis pertandingan reality Britain’s Got Talent dan Asia’s Got Talent!
Bagaimana untuk Memupuk Mentaliti Seorang Peserta Olimpik
Masa: 8PM – 9PM
Jika anda masih merindui semangat bersukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, sertailah pelumba basikal Olimpik kebangsaan sebanyak tiga kali, Josiah Ng yang akan berkongsi ‘resipi’ untuk memupuk mentaliti dan disiplin tinggi bagi menghadapi segala kemungkinan.
Masa: 8PM – 9PM
Pertunjukan seni silap mata yang menakjubkan daripada ahli silap profesional, Acker yang berjaya memasuki Malaysia Book of Records dengan pertunjukan silap mata di bawah air yang pertama di Malaysia.
Masa: 11AM – 12PM
Jika anda ingin mengimbau nostalgia masa silam, anda bukan sahaja dapat meneroka kisah dahulukala Kuala Lumpur dengan seorang pemandu pelancong yang berpengalaman, bahkan mempelajari sedikit Bahasa Jawi daripada sesi ini.
Pengembaraan di Hutan Rimba Malaysia
Masa: 2PM – 3.30PM
Bagi menikmati detik menyeronokkan bersama seisi keluarga, bawalah anak-anak anda untuk mendaki gunung secara maya, dan cuba cari jalan keluar dari hutan rimba menerusi pengembaraan ini!
Mengenali Malaysia dengan Program Permainan Hebat
Masa: 3PM – 4PM
Sertailah program permainan bertemakan sejarah dengan insan tersayang untuk melihat siapa sebenarnya yang memberi perhatian dalam kelas sejarah.
Pengalaman Atas Talian Airbnb bersama hos-hos Malaysia ini akan berlangsung sepanjang hari pada 31 Ogos 2021.
Foto: Airbnb Malaysia
Baca lebih lanjut: Janna Nick Antara Bintang ‘Malaysian Ghost Stories’, 18 Legenda Alam Mistik Tempatan