Ayam goreng dengan cita rasa Korea, K-POP Crispy Chicken menjadi tawaran terbaru DÔME Cafés.
Pengaruh budaya Korea di negara kita begitu luas, tidak hanya terbatas kepada ritma lagu penyanyi-penyanyi popular mereka, atau aksi lakonan drama siri atau filem-filem mereka yang mengundang pelbagai emosi; rasa cinta juga berendam air mata, sajian makanan mahupun minuman Korea juga begitu popular di kalangan orang kita.
Antara yang sudah lazim dan sebati dengan lidah orang kita ialah ayam goreng Korea. Rasa ayam goreng dengan salutan sos Korea dalam variasi rasa sudah sinonim dengan cita rasa dan selera orang Malaysia. DÔME Cafés juga tidak mahu ketinggalan dalam meraikan pengaruh cita rasa Korea ini menerusi barisan menu ternary mereka.
Terkini, DÔME Cafés memperkenalkan ayam goreng Korea yang dinamakan sebagai K-POP Crispy Chicken. Menariknya ayam goreng ini ditawarkan dalam dua perisa pilihan yakni perisa asli, Gangjeong Style yang mana kepak dan drumette goreng disaluti dengan sos manis. Bagi anda yang mahukan sesuatu yang lebih ‘kick’, saya sarankan anda memilih Hot ’n’ Spicy yang mana pilihan ini pasti memuaskan buat anda yang kuat makan pedas.
Untuk setiap set pesanan, DÔME Cafés akan melengkapkan sajian dengan iringan jeruk lobak merah, timun dan lobak putih. Menu baharu ini boleh dijadikan sebagai snek minum petang, mahupun hidangan lengkap tidak kira untuk makan tengah hari atau makan malam. Boleh pesan sajian ini bersama nasi putih yang mana harganya hanya RM2.50 bagi setiap pek.
K-POP Crispy Chicken Hadir dengan tiga tawaran iaitu set lima ketul (RM16), 10 ketul (RM32) dan pilihan 15 ketul pada harga RM48. Pesanan boleh dibuat menerusi laman delivery.domecafe.com.my atau boleh juga membuat pesanan di Beepit, Grab & FoodPanda. Selamat menjamu selera!
Artikel Berkaitan: 4 Cara Menyuntik Kreativiti Pada Teh Boba Kegemaran Anda