Taman tema yang dinanti-nantikan Genting SkyWorlds di Resort World Genting bakal membuka pintu dengan memperkenalkan logo baharu, serta tarikan dan permainan hasil kerjasama Genting Malaysia dan 20th Century Studios.
Genting SkyWorlds bakal dibuka tidak lama lagi. Sebagai tanda simbolik bagi pembukaan taman tema yang dinanti-nantikan di Asia Tenggara tahun ini, Resorts World Genting telah memperkenalkan logo baharu yang menampilkan gabungan awan, lima bintang, dan fasad Genting SkyWorlds. Penuh inspirasi dan menyempurnakan pengembaraan fantasi.
Genting SkyWorlds bakal menjadi sebuah taman tema luar yang menyeronokan pada ketinggian enam ribu kaki dari aras laut. Lantas menjadikan Genting SkyWorlds sebagai salah satu taman tema yang paling unik, bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, malahan di peringkat global.
Kerjasama Bertaraf Antarabangsa
Genting SkyWorlds juga akan menggabungkan jenama dan tarikan daripada 20th Century Studios di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia, yang dijayakan melalui kerjasama strategik di antara Genting Malaysia dan 20th Century Studios. Antara yang bakal mencuri perharian adalah Ice Age, Nights at the Museum dan Planet of the Apes.
Dijadualkan untuk dibuka pada suku kedua tahun 2021, taman tema ini bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan. Ia termasuklah Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan juga Rio. Setiap ‘dunia’ akan menampilkan pelbagai permainan dan tarikan untuk seisi keluarga.
Tarikan-tarikan ini dicipta untuk menyemarakkan daya imaginasi melalui pengalaman yang imersif, seperti dibawakan dari babak-babak filem. Kunjungan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk membeli-belah, menjamu selera dan hiburan yang unik serta menyeluruh.
“Kami sedang melaksanakan persiapan terakhir untuk taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Kami yakin kami akan dapat menawarkan pengalaman yang terbaik kepada para pengunjung sepanjang perjalanan ini,” kata Mr. Lee Thiam Kit, Ketua –Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting.
Foto: Genting Malaysia
Baca lebih lanjut: Sandwic Tuna Subway Tidak Mengandungi Tuna?