Khas untuk anda yang gemarkan suasana sibuk Kotaraya. Pavilion Hotel Kuala Lumpur janjikan penginapan serba premium dan versatil.
Nikmati kesibukan bandar Kuala Lumpur adakalanya memecah tradisi yang kebiasaanya ramai memilih percutian atau penginapan di luar bandar seperti tepian pantai. Sejak tiada lagi ‘Lockdown’, ramai berpusu-pusu berkunjung ke pusat beli-belah pilihan terutama yang berada di tengah-tengah bandar. Pavilion Hotel Kuala Lumpur cukup sempurna memenuhi kehendak anda yang gemarkan penginapan penuh bergaya selain punya akses mudah melangkah ke pusat beli-belah Pavilion tanpa sebarang kekangan masa.
Sambil nikmati kemeriahan di Jalan Alor dan Changkat Bukit Bintang, apa kata anda nikmati pengalaman paling bermakna yang tersedia oleh Pavilion Hotel Kuala Lumpur. Ilham dekorasi serba kontemporari membuat anda terinspirasi. Bangunan yang tersergam indah dan gah ini punya sebanyak 325 bilik dan suites sesuai dengan citarasa urban getaway. Antara pilihan bilik seperti City Oasis, Courtyard Oasis dan Grand Oasis manakala pilihan lebih eksklusif seperti Club City Oasis, Club Grand Oasis, Urban Studio, Urban Suite, Pavilion Suite dan Presidential Suite.
Penginapan yang mewah tidak cukup lengkap jika tanpa pilihan seleksi makanan. Terletak di aras 8, Jade Pavilion bawakan krew kulinari berpengalaman yang menampilkan servis eksklusif sesuai untuk selera anda yang pelbagai. Dari pilihan kontemporari Dim Sum yang merupakan signature Cantonese dan seleksi all-day dining di The Courtyard yang menampilkan masakan tempatan dan untuk hari minggu Seafood BBQ sebagai pilihan sambil menikmati landskap pencakar langit.
Jangan terlepas peluang untuk berkunjung ke ruang meditasi yang terletak di aras 53 di Banyan Tree Kuala Lumpur sambil rejuvenasi minda, badan dan jiwa. Ruang spa yang dipengelola oleh Banyan Tree Spa dan tempahan boleh melalui servis pelanggan Pavilion Hotel Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan Helah Kulit Cantik Be Seri-Seri Inside Out
Tahun ini, Pavilion Hotel Kuala Lumpur dibawah pengurusan Banyan Tree menyambut ulangtahun yang ke-3. Untuk meraikan sambutan ini, nikmati tawaran sehingga 33% diskaun penginapan bermula Januari hingga March 2022. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh kunjungi ke laman utama Banyan Tree & Pavilion Hotel e-shop.