Jika anda dilahirkan antara 20 Januari sehingga 18 Februari, anda adalah seorang Aquarius!
Dikuasai oleh Zuhal dan Uranus, Aquarius adalah salah satu daripada dua belas tanda zodiak yang mempunyai ciri-ciri unik dan menarik. Orang yang lahir antara 20 Januari hingga 18 Februari dianggap sebagai individu zodiak Aquarius.
Aquarius dikenali sebagai “Pemberi Air” atau “Pembawa Air,” dan ini mencerminkan sifat mereka yang sentiasa mencari jalan untuk memberi kehidupan dan inspirasi kepada orang di sekeliling mereka.
Mereka sering dianggap sebagai pemikir bebas yang melihat dunia dari perspektif yang unik dan kreativiti mereka tidak dihadkan oleh sempadan konvensional malah mereka sentiasa bersedia untuk mencuba perkara baharu yang boleh membawa perubahan positif.
Aquarian dianggap sebagai tanda astrologi yang paling bersifat kemanusiaan dan suka menghabiskan banyak masa untuk mengubah dunia melalui akar umbi dan pemerkasaan manusia.
Semak perangai sebenar Aquarius:
#1 Kekasih ideal
Aquarian merupakan seorang yang romantis tetapi degil, terlalu mencintai dan suka bercakap dengan orang yang mereka sayang. Aquarian juga sangat bersemangat untuk berkomited dalam hubungan dan tidak mudah mengalah dalam hubungan.
#2 Seorang bekerja keras
Aquarian sentiasa berusaha untuk menjadi versi diri mereka yang lebih baik dan merancang lebih awal untuk perkara seterusnya.
#3 Suka menyendiri
Aquarian suka menyendiri dan tidak boleh berada di sekumpulan besar pada waktu yang terlalu lama. Ekstrovert pada kawan rapatnya dan sentiasa mencari masa bersendirian.
Walaupun suka menyediri, Aquarian mahir dalam membentuk komunikasi dan suka berhubung dengan semua orang dari jauh. Ini mungkin sebab mengapa anda begitu mahir menggunakan media sosial.
#4 Seorang pengambil risiko
Aquarian sentiasa menghasilkan idea inovatif yang kreatif dan bersedia untuk mencuba sebarang pengalaman luar biasa. Seorang yang sentiasa memikirkan masa depan dan suka mencuba perkara baharu sebelum orang lain melakukannya.
#5 Art-quarius
Kreativiti dan menjadi seorang Aquarian berjalan seiring. Seni adalah cara mereka mengekspresikan diri kepada dunia.
#6 Berfikiran terbuka
Seronok bergaul dengan seorang yang bergelar Aquarius kerana mereka berfikiran terbuka dan tidak takut untuk berfikiran di luar kotak. Mereka tidak memerlukan pendapat orang lain dan tidak takut untuk mempunyai cara mereka sendiri untuk melihat dunia.
#7 Seorang yang degil
Walaupun Aquarian berfikiran terbuka, namun mereka juga sangat degil. Mereka mempunyai pendapat yang kuat dan jika sudah membuat keputusan akhir, sukar untuk mengubahnya.
Baca: Bernasib Baik Atau Tidak? Ini Ramalan Horoskop 2024 Anda