Bersempena festival Songkran, Airbnb menwarakan penginapan luar biasa di Rumah Agam Gabenor di Phuket, Thailand buat pertama kali dalam 50 tahun pada harga RM105 sahaja.
Bersempena dengan pembukaan sempadan negara pada 1 April 2022, rakyat Malaysia kini boleh melancong ke luar negara dengan lebih mudah. Jika anda mahukan percutian yang luar biasa, Airbnb menawarkan penginapan yang tersendiri di Rumah Agam Gabenor yang terletak di Phuket, Thailand buat pertama kali.
Ketika Thailand sedang bersiap sedia untuk festival budaya terbesar iaitu Songkran, empat pengunjung yang bertuah akan berpeluang untuk meninkmati perayaan yang meriah ini di ikon seni barik Sino-Portugis terbesar di Phuket, Thailand. Buat pertama kali dalam 50 tahun, Rumah Agam Gabenor ini akan dibuka untuk dua malam dari 15 sehingga 17 April 2022 pada harga RM105 sahaja.
Tetamu yang bertuah akan dihoskan oleh aktres dan juga model popular kelahiran Phuket, Patricia Tanchanok Good yang terkenal melalui drama Thailand di Netflix tahun lalu, “Girl From Nowhere 2”. Dia akan disertai oleh duta nasional untuk masakan diraja Thailand dan pengasas Blue Elephant, Master Chef Nooror Somany Steppe. Program penginapan istimewa ini disokong oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.
Rumah Agam Gabenor yang berwarna putih dan kuning ini sudah berusia lebih 119 tahun. Ia terletak di Old Town Phuket dan telah dibaik pulih dengan baik untuk mengekalkan kelengkapan asalnya, termasuk jubin bercorak kaya dan lantai kayu jati. Aras pertamanya kini menempatkan Restoran Gajah Biru yang merupakan penerima anugerah bintang Michelin dalam mengangkat seni kulinari Thailand.
Di aras dua pula, pereka terkenal Thailand, Saran Yen Panya telah mencipta ruang yang menakjubkan dan visual yang memberi penghormatan kepada warisan Thailand yang diperkaya dan reka bentuk kontemporari. Penginapan ini turut menampilkan karya-karya oleh Yothaka, selain barangan buatan tangan yang direka sendiri oleh pereka Kitt Ta Khon, Masaya, Galeri Sumphat, Thaniya dan Mo Jirachaisakul. Juga menampilkan yang barangan antik Phuket dari beberapa rumah dan muzium di pulau ini.
Tempahan Rumah Agam Gabenor ini sudah dibuka melalui laman wed Airbnb bermula 4 April 2022.
Foto: Airbnb
Baca lebih lanjut: Raikan Keseronokan Berbuka Puasa di MoMo’s Kuala Lumpur