Putera Carl Philip dan Sofia Hellqvist
Pada 13 Jun 2015, Putera Carl Philip telah pun mengahwinin Sofia Hellqvist di dalam sebuah majlis mewah yang bertempat di gereja Istana Di-raja yang bertempat di Stockholm, Sweden. Pengantin perempuan hadir dengan gaun krep sutera yang dilapisi dengan organza sutera Itali rekaan pereka fesyen dari Sweden iaitu Ida Sjöstedt. Gaun tersebut direka dengan tiga rona putih yang berbeza serta lace couture dari José María Ruiz. Ia diperkemaskan lagi dengan berlian serta batu tiara emerald.