Fenomena La Nina dijangka memberi kesan besar kepada pola cuaca global pada tahun 2025, termasuk Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Malaysia antara negara yang berisiko menerima impak ketara La Nina, khususnya dari segi peningkatan jumlah hujan, banjir kilat, tanah runtuh serta ancaman terhadap sektor pertanian dan perikanan.
Apa itu La Niña?
La Niña ialah fenomena iklim global yang berlaku apabila suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik Khatulistiwa menjadi lebih sejuk daripada biasa.
Kitaran La Niña biasanya muncul setiap 2–7 tahun sekali dan boleh bertahan selama 9 bulan hingga 2 tahun. Keadaan ini mempengaruhi corak cuaca dunia, termasuk Malaysia.
Fenomena ini lazimnya membawa kepada hujan lebat berterusan, banjir kilat, tanah runtuh, dan ribut petir, terutama di kawasan pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Langkah persediaan La Nina yang menyeluruh amat penting untuk memastikan masyarakat dan negara lebih bersedia menghadapi cabaran ini. Berikut adalah lima persediaan utama yang boleh dilaksanakan:
- Simpan keperluan asas seperti makanan kering, air bersih, ubat-ubatan, lampu suluh & power bank.
- Periksa saliran rumah longkang tidak tersumbat.
- Elak kawasan berisiko! Jangan berada dekat sungai atau cerun bukit semasa hujan lebat.
- Dokumen penting perlu simpan dalam bekas kalis air.
- Pantau maklumat rasmi dengan ikuti ramalan cuaca & amaran banjir dari MetMalaysia dan NADMA.
- Ketahui pusat pemindahan sementara (PPS) dengan stok makanan & keperluan mencukupi.
- Sediakan alatan kecemasan SOS seperti wisel, siren, aplikasi mudah alih dan media sosial untuk hebahan pantas.
- Sediakan jaket keselamatan didalam rumah dan sediakan pelampung atau jaket keselamatan terutama jika tinggal berhampiran sungai atau kawasan rendah.
- Rancang titik pertemuan sekiranya terpisah ketika kecemasan.