Gambar: TPGNews
Mungkin kadang kala kita asyik mengeluh dengan kehidupan dan lupa akan segala kelebihan serta nikmat yang telah dikurniakan. EH! senaraikan sepuluh perkara yang menjadi pentanda anda boleh berpuas hati dengan hidup yang dijalani sekarang.
1. Senaman Harian
Menurut kajian pakar psikologi orang yang gembira mempunyai kebarangkalian menjalankan kehidupan sihat dan apabila mereka bersenam tahap kemurungan tidak kira usia dan jantina rata-rata berkurangan.
2. Rakan Ceria
Mempunyai rakan yang ceria menambah kebarangkalian untuk menjadi gembira juga sebanyak sembilan peratus.
3. Had Keseronokan
Mereka yang gembira tidak perlu terjun bungee antara rabung atau khayal dengan penyalahgunaan dadah untuk rasa seronok. Mereka cukup berpuas hati dengan realiti hidup dan faham akan kecuaian boleh merosakkan diri.
4. Cukup Tidur
Kemurungan membuatkan anda kurang tidur, dan bila tekanan kurang anda lebih mudah untuk tidur.
5. Percaya Diri Sendiri
Mereka yang meragui keputusan diri lebih mudah untuk berdepan dengan masalah psikologikal seperti mood swings, kurang keyakinan, keresahan dan kemurungan.
6. Realiti Sekarang
Apabila minda seseorang menerawang dari tugasan dan aktiviti harian, mereka akan lebih berasa kecewa berbanding mereka yang memberi tumpuan sepenuhnya pada tugas di dalam tangan.
7. Berterima Kasih
Gunakan sepenuhnya sumber yang ada disekeliling berbanding merungut benda yang tidak anda perolehi, jadi lebih peka dan gunakan kelebihan diri. Orang yang bersyukur sudah berpuas hati dengan nikmat-nikmat kecil yang ada dan orang yang gembira akan berasa sempurna dengan kehidupan mereka.
8. Bangkit Semula
Untuk berasa gembira, tak usah memendam perasaan dan terlalu emosi apabila melalui kegagalan. Belajar dari kesilapan dengan membiarkan kekurangan, kesilapan atau peluang yang tidak dicapai sebagai sejarah dan segera bangkit semula meneruskan hidup dan membuat pengalaman baru.
9. Switch Off
Ingin gembira segera? Cuba jauhkan diri dari televisyen dan gajet yang sering buat anda tenggelam dengan realiti. Ada kajian yang menunjukkan orang yang terlalu banyak menonton tv sukar kecapi bahagia dalam jangka masa panjang.
10. Senyum
Orang yang gembira akan senyum dari dalam diri dan secara semula jadi bibir membentuk senyuman tanpa sebarang kawalan.