Bila kereta dibelenggu bau durian pastinya kurang menyenangkan. EH! kongsikan petua untuk hilangkan bau durian di dalam kereta dengan secepatnya.
Bila tiba musim durian, berpusu-pusu warga kota yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menikmati durian kampung. Adanya sehingga membawa bekalan durian pulang ke rumah.
Namun, apa yang ramai takuti apabila menyimpan durian di dalam kereta adalah bau durian yang susah untuk dihilangkan dengan pantas. Ada yang ambil masa berminggu-minggu untuk diredakan.
Kali ini EH! kongsikan beberapa petua berkesan yang boleh anda cubai untuk menghilangkan bau durian dalam kereta. Juga boleh untuk dicuba kala di rumah.