Hormon yang tak seimbang beri impak buruk pada kesihatan diri dan minda. Benarkah?
Benar, bila hormon terganggu banyak perkara lain datang menyinggah. Antaranya, mulalah jerawat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di seluruh muka, kitaran haid jadi tak menentu, susah tidur, tak lalu makan atau berat badan bertambah dan yang paling ketara, emosi jadi tidak stabil. Selalu hormon dikaitkan dengan emosi, bila terganggunya emosi maka hormon juga menghadapi situasi sukar ini.
Jadi, penting untuk kita menjaga keseimbangan hormon untuk kesihatan diri dan orang sekeliling. Apatah lagi bila ia melibatkan emosi teman rapat dan insan tersayang. Ada yang berpendapat, pengambilan kafein boleh menjadi perangsang hormon. Bagaimana untuk menstabilkan hormon secara semulajadi? EH! senaraikannya!
1. Rehat dan Amalkan Pola Tidur Yang Teratur
Rata-rata orang tidur sekitar tujuh jam malam sekitar usia 40, dan sekitar enam setengah jam malam antara usia 55 dan 60. Seorang lelaki berusia 80 tahun yang sihat biasanya akan tidur kira-kira enam jam malam. Setiap orang memerlukan jumlah tidur yang berbeza tetapi yang disarankan adalah selama tujuh hingga sembilan jam agar minda dan fizikal lebih cergas kerana mendapatkan rehat yang secukupnya.
2. Elakkan Tekanan atau Stress
Kenali tanda-tanda anda sedang mengalami depresi dan segera mendapatkan nasihat pakar agar tidak dibiarkan menjadi lebih bahaya. Sering bersikap positif dan menerima apa jua keadaan seadanya. Ya, ada kalanya anda perlu bersikap tegas namun bukan agresif dan sering latih diri dengan teknik relaksas seperti, meditasi, yoga, atau tai-chi untuk pengurusan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa menarik nafas sedalamnya dan menghembus dengan mulut. Cara ini boleh membantu kamu buang rasa tertekan sejauh-jauhnya.
3. Bersenam dan Diet Sihat
Pengambilan makanan seperti makanan semulajadi yang kaya dengan serat dan berlemak sangat penting, seperti avocado, sayur-sayuran hijau, kentang dan blueberi. Kata orang, protein juga baik untuk menstabilkan hormon, pengambilan protein yang cukup boleh membantu meningkatkan hormon dan juga tahap metabolisme.
Selain itu, memakan makanan organik juga dapat membantu hormon lebih stabil selain senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. a membantu anda tidur dengan lebih nyenyak pada waktu malam.
4. Pengambilan Suplemen, Vitamin dan Detox
Hormon sangat dipengaruhi oleh vitamin D. Jika anda tidak boleh mendapatkan cahaya matahari semulajadi, pastikan anda mengambil vitamin D dan supplemen B12 sekiranya perlu. Multivitamin merupakan salah satu daripada beberapa cara untuk menstabilkan hormon.
Berendam dalam tab mandi di rumah semestinya boleh melegakan tubuh yang penat dan penat. Mandian detox juga boleh meninghkatkan tahap magnesium dan mengurangkan stress di dalam tubuh. Jika anda tidak punya tab mandi di rumah, apa kata cuba essential oil untuk mengurut perlahan atau titiskan agar wap dapat disebarkan di rumah anda.
Artikel berkaitan: Anda Perlukan 5 Video Yoga Mudah Ini Sekarang!