Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, tiba masanya untuk merancang hujung minggu anda dengan kunjungi pop-up dan aktiviti menarik!
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma beberapa minggu lagi, mungkin masih banyak yang perlu dilakukan untuk persediaan. Apa yang membuatkan orang teruja apabila wujudnya pop-up dan aktiviti yang boleh membantu mencari keperluan sempena Hari Raya walaupun di saat akhir!
Sama ada anda sedang mencari aksesori untuk menyerlahkan gaya pada Hari Raya anda atau kuih raya yang lazat untuk memuaskan hati tetamu anda, pop-up ini menawarkan pelbagai jenis barangan untuk membantu anda bersiap sedia menyambut musim perayaan!
Berikut EH! kongsi pop up dan aktiviti lain yang akan berlangsung sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
Pasar Seloka Raya
Tarikh: 23 Februari hingga 25 Mac 2025
Lokasi: The Five, Damansara Heights
Waktu: 12.00 petang sehingga 10.00 malam
Absolute Bazaar x Festival Gaya Raya
Tarikh: 21 hingga 23 Mac 2025
Lokasi: MITEC, KL
Waktu: 24 Jam
StarVendors KL Mega Raya Fest 2025
Tarikh: 20 hingga 24 Mac 2025
Lokasi: KL Base Exhibition Centre (KLBEC)
Waktu: Outdoor, 3.00 petang hingga 6.00 pagi dan Indoor, 24 jam
Gegak Gempita Raya
Tarikh: 14 hingga 24 Mac 2025
Lokasi: World Trade Centre KL
Waktu: Hari minggu, 3.oo petang hingga 12.00 pagi. Hujung Minggu, 3.00 petang hingga 6.00 pagi
Tarikh: 14 hingga 18 Mac 2025
Lokasi: Pasar Seni KL
Waktu: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Cherita Raya Kisah Nostalgia
Tarikh: 14 hingga 16 Mac 2025
Lokasi: REX KL
Waktu: 1.00 petang hingga 11.00 malam
Selangor Havoc Raya Fest
Tarikh: 21 hingga 25 Mac 2025
Lokasi: Setia City Convention Centre
Waktu: 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam