Sempena ketibaan sambutan Tahun Baru Cina, Sunway Putra Hotel menyajikan hidangan lazat untuk meraikan perayaan kali ini cukup indah bersama yang tersayang.
Hanya akan berlangsung pada 4 dan 5 Februari ini, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ingin menjadi sebahagian memori sambutan Tahun Baru Cina bersama anda dan keluarga dengan menawarkan set makan malam bufet pada harga RM118 (dewasa) dan RM68 (kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun), manakala kanak-kanak di bawah usia 7 tahun adalah percuma.
Yang istimewanya, kali ini Chef dari dapur The Coffee House menghidangkan Chicken Barbecue on Platter, Deep Fried Siew Mai, Prawn Dumplings, Hot and Sour Szechuan Crabmeat Soup, Double Boiled Chicken Soup dengan Ginseng, Shrimp Wantan dan Mini Octopus Salad.