Kali pertama mengundi dan tidak tahu manakah lokasi PRU15 anda patut hadir untuk mengundi? Jangan risau, ikuti infomasi daripada EH!, segalanya tentang mengundi!
Dijangkakan lebih dari 21 juta pengundi berdaftar dijangka mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini. Untuk makluman, rakyat Malaysia sudah boleh mengundi pada se-usia 18 tahun, dimana ia telah diwartakan pada tahun lepas secara tidak langsung dengan teknologi terkini, pendaftar akan didaftarkan secara automatik melalui sistem pengundian. Bermakna anda tidak perlu lagi mengisi borang untuk sebarang daftar libat.
Anda boleh menyemak senarai daftar di:
- Aplikasi MySPR Semak
- Portal MySPR
- Hotline MySPR
Aplikasi MySPR Semak
Pasti ramai tidak tahu akan aplikasi semak tersebut dan sejak bila ia wujud di media kini? Aplikasi MySPR Semak telah dibina tekno pada tahun 2017 oleh kerajaan Malaysia, dilengkapi dengan ciri-ciri versi kemaskini mengenai bentuk semakan pemilih dan keputusan PRU. Selain itu, ia juga memaparkan nama calon, logo parti dan kemaskini paparan maklumat pengundian.
Aplikasi ini nyata mudah dan versatil untuk pemuda-pemudi yang lahir pada tahun ‘Gen Z’, semuanya dihujung jari sahaja! Anda hanya perlu muat turun aplikasi MySPR Semak di Google Store atau App Store. Tunggu sehingga ia cerna maklumat kedalam fungsi telefon anda dan nikmati sistem pengemudahan yang disediakan.
Usai muat turun, anda akan perlihat tiga kotak pilihan iaitu; Semakan Daftar Pemilih, Semakan Calon Pilihan Raya dan Semakan Keputusan Pilihan Raya. Untuk semakan tentang diri anda sebagai pengundi dan tempat mengundi, klik Semakan Daftar Pemilih.
Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda di kotak kosong, (contoh: 20xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (contoh: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (contoh: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak).
Masukkan aksara captcha (4 angka). Akan terpapar maklumat peribadi anda dikaca telefon. Semak maklumat dan kawasan pendaftaran anda seperti, lokasi, waktu, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.
Bagi semakan calon Pilihan Raya pula, anda perlu kebelakang kembali aplikasi dan klik Semakan Calon Pilihan Raya sehingga muncul tiga kotak berkenaan seperti dalam foto atas. Kemudian klik lagi PRU Ke-15 dan pilih negeri undi anda – seperti info yang telah tertera di maklumat peribadi Semakan Daftar Pemilih.
Dan klik kawasan Parlimen anda;
Pengundi diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran masing-masing. Undi untuk masa hadapan, undi dengan bijak.
Artikel berkaitan: Kenali Rishi Sunak, Perdana Menteri Britain Termuda Dalam Sejarah