Pernah tak anda perasan yang rambut anda makin hari makin berkurangan? Setiap kali sikat rambut mesti akan ada lebih dari 5 helai rambut yang gugur?
Kalau anda rasa situasi ini semakin kerap berlaku, mungkin dah tiba masa untuk anda lihat semula rutin penjagaan rambut, termasuk apa yang kita consume untuk dalaman kita. Jika ramai lagi yang masih belum pernah mendengar tentang kebaikan pumpkin seed oil atau minyak biji labu, ini antara bahan yang semakin mendapat perhatian kerana kandungan fatty acids dan phytosterols yang berpotensi menyokong kesihatan rambut.
Jadi, kalau anda tengah mencari suplemen yang mempunyai pumpkin seed oil, jom EH! senaraikan lima pilihan yang anda boleh cuba mengikut isi dompet anda!
1. Swanson (RM49.73)

Mahu bermula dengan pilihan yang lebih mesra bajet? Swanson mungkin boleh masuk dalam senarai bucket list anda. Setiap softgel mengandungi 1,000 mg pumpkin seed oil yang tulen, membekalkan fatty acids termasuk omega-6 dan omega-9 bagi menyokong kesihatan kulit kepala.
Kandungan pumpkin seed oil juga mempunyai phytosterols yang sedang dikaji berkaitan pertumbuhan rambut. Jadi, ia boleh dijadikan salah satu tambahan dalam rutin penjagaan rambut anda. Dengan bahan bahan yang terkandung dalam suplemen ini, ia mungkin akan membantu anda untuk mempunyai rambut yang lebih kuat dan sukar berminyak.
2. NOW Foods (RM64.36)

NOW Foods pula menawarkan 1,000 mg bagi setiap softgel, dengan 100 softgels dalam satu botol. Suplemen ini turut membekalkan fatty acids yang bantuboleh menyokong kulit kepala dan struktur rambut. Kandungan vitamin E yang terdapat secara semula jadi dalam pumpkin seed oil pula kaya dengan antioksidan. Antioksidan membantu melindugi sel daripada oxidative stress, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kulit dan folikel rambut.
3. Vitamic (RM65.06)

Vitamic turut menyediakan 1,000 mg bagi setiap serving, tetapi dengan 180 softgels dalam satu botol. Dari segi penjagaan rambut, fatty acids dalam pumpkin seed oil ini boleh membantu menyokong keadaan kulit kepala supaya sentiasa fresh dan terjaga.
Malah, ia jugak mengandungi phytosterol juga, iaitu sebatian tumbuhan yang menarik perhatian dalam kajian berkaitan kesihatan folikel dan pertumbuhan rambut.
4. Solaray (RM70.13)

Solaray hadir dengan 100 mg pure cold-pressed extract bagi setiap hidangan. Tidak seperti suplemen lain, produk ini menggunakan estrak cold-pressed, yang mengekalkan minyak melalui proses tanpa penggunaan haba tinggi.
Bagi yang lebih pentingkan macam mana minyak itu diproses, mungkin suplemen ini boleh dipertimbangkan oleh anda. Dengan harga RM70.13, ia juga boleh menjadi pilihan untuk anda yang mahu mencuba pumpkin seed oil dalam bentuk ekstrak cold-pressed.
5. Horbaach (RM86)

Kalau anda sedang mencari kandungan yang lebih tinggi dan lebih berkualiti, Horbaach adalah pilihan terbaik anda dengan 3,000 mg dalam 120 softgels. Ia turut mengandungi essential fatty acids seperti omega-6 dan omega-9 yang sememangnya terdapat dalam pumpkin seed oil.
Gabungan ini menjadikannya menarik untuk mereka yang mahu menambah sumber fatty acids dalam rutin penjagaan harian. Dengan harga RM86, Horbaach boleh jadi pilihan untuk yang mahukan suplemen dengan formulasi yang lebih tinggi kandungannya.
