Happy Birthday, Prince George! Putera comel kerabat diraja Britain ini kini sudah mencecah usia lima tahun. Sempena ulang tahun kelahirannya, Istana Kensington berkongsi gambar rasmi Putera George.
Gambar rasmi putera sulung Duke dan Duchess of Cambridge ini diambil ketika berada di taman Clarence House. Gambar tersebut jelas memperlihatkan putera comel ini sedang tersenyum girang pada sesuatu atau seseorang di hadapan kamera. Ia dirakam sewaktu acara pembaptisan adiknya yang kini berusia dua bulan, Putera Louis pada awal bulan ini.
Istana Kensington memuat naik gambar tersebut menerusi Twitter dengan kapsyen ucapan terima kasih dari Duke dan Duchess kepada semua yang menghantar ‘lovely messages‘.
The Duke and Duchess of Cambridge are very pleased to share a new photograph of Prince George to mark his fifth birthday – thank you everyone for your lovely messages ?
? @mattporteous pic.twitter.com/KJ4c73ospG
— The Duke and Duchess of Cambridge (@KensingtonRoyal) July 21, 2018
George dilihat kali terakhir bersama adik-beradiknya serta ibu bapanya ketika upacara pembaptisan di The Chapel Royal St. James’s Palace. Ia merupakan kali pertama keluarga yang kini berlima itu dilihat bersama.
George Alexander Louis of Cambridge dilahirakn di ruang peribadi di Lindo Wing di St. Mary’s Hospital, Paddington pada jam 4.24pm pada 22 Julai 2013 dengan berat 3.79kg.
Cicit kepada Ratu Elizabeth II itu adalah yang ketiga dalam senarai untuk mewarisi takhta diraja Britain. Selama 12 bulan selepas dilahirkan, George telah pun muncul di hadapan khalayak ramai beberapa kali termasuklah di balkoni Istana Buckingham untuk sambutan rasmi ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II pada Jun.
George juga pernah menjadi page boy di majlis perkahwinan diraja bapa saudaranya, Putera Harry dan Meghan Markle pada Mei lalu. George baru-baru ini selesai tahun pertama untuk sesi persekolahannya di Thomas’s Battersea di selatan London.
Sebagai cara untuk menanda ulang tahun kelahirannya, duit syiling bernilai £5 telah pun dicipta oleh Royal Mint yang memaparkan St. George dan Dragon pada bahagian belakang.