Oleh: Khairul Bidin
Gambar: INGimage
Walaupun anda menolak makanan yang boleh menyebabkan nafas berbau seperti petai, durian ataupun bawang, bakteria di dalam mulut juga boleh menjadi salah satu punca nafas berbau. Ini antara cara yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan nafas berbau.
1- Usah gunakan ubat gigi yang mempunyai kandungan pencuci mulut (mouthwash). Ia tidak berkesan dalam mengawal kemunculan bakteria. Sebaiknya pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida, ia membunuh bakteria dengan berkesan.
2- Lakukan flos setiap hari untuk menyingkirkan plak gigi yang mana ia adalah faktor pertumbuhan bakteria.
3- Minum air dengan kerap.
4- Gunakan pencuci mulut yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol memang boleh membunuh bakteria di dalam mulut tetapi ia mengeringkan yang mana akhirnya menjadi punca munculnya bakteria.
5- Elakkan memakan keju. Keju yang melekat pada celah gigi menggalakkan pertumbuhan bakteria.