Meriahkan suasana sempena Hari Raya ini dengan menikmati budaya, tradisi dan sajian warisan turun-temurun di Pavilion REIT Malls.
Sempena menyambut kedatangan Syawal ini, Pavilion REIT Malls melaksanakan kempen perayaan sebagai hiburan kepada pengunjung dan menjemput anda untuk hadir memeriahkan suasana di samping menghayati warisan budaya. Alami keindahan atmosfera perayaan dengan sambutan ‘Riang Riuh Raya’ di Pavilion Kuala Lumpur, mengagumi keindahan wau tradisional Malaysia di Intermark Mall dengan ‘Wau Raya’ dan raikan Aidilfitri bersama-sama dengan mengunjungi ‘Muhibbah Mesra Raya’ di Da Men USJ!
Dari melihat hiasan yang menakjubkan, menikmati pelbagai juadah tradisional yang lazat dan sudah pastinya membeli-belah dengan penuh keriangan, segalanya pasti berbaloi untuk dikunjungi sempena musim perayaan ini!