Sambut warisan budaya di Intermark Mall dengan kempen ‘Wau Raya’!
Kolaborasi dengan salah seorang pemegang anugerah membuat wau, Razi Said untuk
mempamerkan karya seni beliau, ‘Wau Raya’ di Intermark Mall bermula dari hari ini hingga 23 Mei. Selami keindahan wau yang menjadi layang-layang simbol kebangsaan Malaysia.

‘Wau Raya’ bertujuan bagi menyerlahkan warisan serta tradisi wau yang kaya. Anda juga berpeluang untuk mengetahui secara mendalam mengenai wau serta ciptaan Razi yang
berwarna-warni, dihiasi dengan pelbagai corak bunga yang dihasilkan dengan rumit. Saksikan juga demonstrasi membuat wau oleh beliau setiap hari Sabtu dari jam 2 petang dari 24 April hingga 15 Mei.

Tambahan pula, dapatkan semua sajian kegemaran anda untuk Aidilfitri ini daripada buah kurma hingga ke makanan ringan di ‘Raya Delectables Fair’ oleh Jaya Grocer. Bermula dari 19 April hingga ke 23 Mei di Concourse Floor.

Nikmati juga ganjaran hebat semasa anda membeli belah di Intermark Mall. Tebus ganjaran hadiah Pyrex, baucar tunai makanan bernilai RM50 dan satu set paket Hari Raya eksklusif dengan perbelanjaan RM500 ke atas dalam dua resit terkumpul. Manakala perbelanjaan yang bernilai RM300 ke atas dalam dua resit yang digabungkan di seluruh pusat membeli-belah berikut boleh membeli sehelai tudung Bacarat dengan tawaran harga RM50 dari harga biasa (RM139). Dari 3 Mei hingga 9 Mei, anda boleh menebus baucar tunai RM10 Grandmama secara percuma dengan perbelanjaan yang bernilai RM200 ke atas dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah ini.