Raikan ‘Muhibbah Mesra Raya’ di Da Men USJ
‘Muhibbah Mesra Raya’ di Da Men USJ meraikan inspirasi yang menjadi lambang keindahan serta keakraban masyarakat berbilang etnik di negara Malaysia – seni anyaman tradisional.

Pengunjung juga boleh menuju ke Muhibbah Mesra Market yang dianjurkan oleh Da Men di Lower Ground Floor. Ia dilengkapi pelbagai hiasan, kraftangan, kuih muih, serta makanan ringan yang lazat.

Anda juga berpeluang memenangi kraftangan anyaman eksklusif, barang dagangan dan
baucar tunai dalam Lucky Pick Contest (mengikut terma dan syarat). Ganjaran lain juga menanti seperti peluang membeli sebuah ‘Slow Cooker’ Keluli Tahan Karat berjenama Faber pada harga RM70, Jag Cerek Elektrik berjenama Faber pada harga RM90 atau penyembur Pembasmi Kuman Tangan berjenama Nextgen pada harga RM1 dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah.

Dengan perbelanjaan minimum RM180 di seluruh pusat membeli-belah, 1,000 orang yang terawal juga berpeluang menikmati sesi bergambar 15 minit secara percuma dalam pakaian tradisional Turki di Blue Eyes. Diskaun RM20 juga ditawarkan bagi mereka yang membelanjakan sebanyak RM100.
Artikel Berkaitan: ‘Selera Kampong Enak’ Shook! Di The Starhill Dining