Peminat burger boleh menikmati sajian gourmet Morbites yang kini berwajah baharu dalam memberikan pengalaman menikmati burger yang lebih menyelerakan.
Sixty Bites kini berwajah baharu. Bersempena dengan kedatangan tahun baharu, kedai mesra kejiranan ini telah dihembuskan kesegaran dengan nama baharu iaitu Morbites. Kempen penjenamaan semula ini dilakukan untuk memberikan lebih penekanan kepada seleksi menu dan pengalaman menikmati burger oleh pelanggan. Inisiatif ini sebahagian daripada strategi untuk meluaskan perniagaan mereka dalam food scene di Malaysia.
Diasaskan pada 2017, Morbites telah diambil alih oleh John Justin Tey dan Amer Ezzadeen pada pertengahan 2019. Antara perubahan yang dilakukan termasuklah membuka dapur sentral, food truck, kolaborasi strategik gerai burger bersama rakan dari industri makanan dan minuman,
Dalam meraikan kempen penjenamaan semula ini, Morbites akan meluaskan seleksi menu mereka dengan menyuntik kreativiti dan inovasi baharu. Berita baik buat pengamal vegan. Mereka kini menawarkan Beyond Meat Vegan Burger buat pelanggan yang mahukan pilihan menu yang lebuh berkhasiat. Selain itu, peminat ayam boleh mencuba Crispy Chikin Delux bermula bulan ini.
Peminat Morbites boleh mencuba menu popular ChezBurger, sajian gourmet stail Amerika yang menggunakan patti daging rib-eye bersama tomato, keju cair, jem bawang caramel dan mustard pickle mayo. Taj Lamb Burger pula menggabungkan selera lokal bersama Roti Canai.
Dalam melengkapkan lagi pengalaman all-American pelanggan, Morbites juga ada menawarkan tiga pilihan susu kocak (milkshake) iaitu Choco Loco, Mango Tango dan Vanilla Surprise yang klasik.
Sehubungan dengan itu, Morbites telah melancarkan MORCARE yang merupakan usaha bersama Care Concierge sebagai respons kepada pandemik Covid-19. Melalui inisiatif ini, pelanggan yang mahu melakukan ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Care Concierge berpeluang untuk mendapatkan burger percuma atau buat yang prihatin, mereka boleh memberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Anda boleh memesan burger kegemaran anda di kejiranan Damansara Perdana, Hawkers Ave, Sunway Damansara dan TTDI. Secara terus atau melalui morbites.oddle.me atau Whatsapp +60137417682 yang menggunakan servis penghantaran Hungry Delivery, OODLE atau servis penghantaran Morbites sendiri.
Baca lebih lanjut: Sensasi Galaxy Buds Pro Generasi Baharu