Majoriti warga United Kingdom mahukan Putera William menjadi raja selepas ini merujuk kepada undian yang dijalankan baru-baru ini.
Undian yang dijalankan oleh Majalah Prospects mendapati Putera Charles bakal menjadi orang kelima yang mendapat sokongan monarki yang sangat kurang jika dia memegang takhta diraja tersebut. Bahkan, rata-rata warga UK tidak sanggup menerima isterinya Camilla sebagai ratu.
Tambahan lagi, 36 peratus menyatakan Camilla mesti menjadi Princess Consort dan bukannya Ratu jika suaminya bergelar raja. Orang awam menyatakan perkara itu berikutan ulang tahun ke-20 kematian Diana pada bulan ini.
Minggu lalu, saluran 4 British menayangkan dokumentari Diana: In Her Own Words. Menerusi rakaman asli itu, Diana mendakwa Putera Charles memberitahunya “enggan menjadi satu-satunya Putera Wales yang tidak pernah mempunyai perempuan simpanan.”
Diana turut menceritakan bagaimana perkahwinannya dengan Charles runtuh dan bagaimana dia mengalami trauma pabila Charles berkata maksud “whatever in love” pabila mereka ditanya tentang kasih sayang mereka ketika masih lagi bertunang. Pita rakaman itu dirakamkan pada tahun 1992 dan 1993.