Ada yang gemar menghidangkannya bersama satu sudu ais krim, ada juga yang gemar menghidangkan bersama sos caramel dan kacang walnut. Tapi apa yang istimewanya kali ini anda sudah boleh cuba buat sendiri dirumah!
Siapa yang tidak kecur air liur kala dihidang brownies dengan satu sudu ais-krim? Tidak kiralah dijamah sebelum atau selepas menu utama, one slice of brownies is never a sin!
Saya percaya ramai yang gemar memesan menu pemanis mulit ini kala berada di coffee house untuk dihidangkan bersama secawan hot latte, tetapi buat edisi bulan merai cinta ini EH! sajikan satu menu mudah yang boleh dicuba sendiri di rumah, satu menu yang mungkin bakal menambat hati si dia.
RESEPI FUDGE BROWNIES
Bahan-bahan :
250 gram Unsalted Butter
500 gram Dark Chocolate
300 gram Gula kastor
4 biji Telur
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil Esen Vanilla
200 gram Tepung kek
Cara-cara :
- Cairkan mentega jenis unsalted bersama coklat dengan kaedah double boil.
- Di Dalam bekas yang berasingan pukul telur bersama gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla.
- Satukan gabungan mentega dan coklat yang sudah cair kedalam adunan telur dan gula dan kacau sebati
- Masukan tepung dan soda bikarbonat kedalam adunan dan gaul hingga sebati
- Tuang ke dalam acuan dulang 10×10 inch yang sudah dialas parchment paper dan bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah celsius.