Biskut raya seakan satu yang sinonim kala tibanya syawal. Meskipun zaman sudah berubah, resipi pun semakin sudah lebih moden, harga pun tidak dinafikan kian meningkat. Jadi, sebaiknya buat sendiri di rumah kalau ingin berjimat. Boleh cuba resipi mudah biskut raya ini untuk dihidangkan kala lebaran nanti.
Biskut Oat Kranberi
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan Oat
1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Kranberi Kering
1/2 sudu kecil Garam Laut Halus
1/2 sudu kecil Soda Bikarbonat
6 sudu Mentega
1 1/4 cawan Gula Perang
1 sudu kecil Esen Vanila
1 biji Telur
Cara-cara :
1. Satukan bahan-bahan kering oat, tepung gandum, kranberi, soda bikarbonat dan garam laut.
2. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega (suhu bilik) menggunakan mesin pengadun bersama gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan adunan kering yang sudah diasingkan tadi sedikit demi sedikit sehingga larut.
5. Ceduk setengah sudu kecil adunan dan susun di atas loyang.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 150°c dan bakar selama 15 minit.