Bersempena kehadiran Ramadan bulan ini, Cadbury Dairy Milk menggalakkan raykat Malaysia menyediakan Kuih Raya Dari Hati seperti Kek Batik Coklat Cadbury dalam menyemarakkan amalan menderma dengan Food Aid Foundation.
Dalam menyemarakkan amalan menderma dan saling bantu-membantu menerusi tradisi membuat kuih raya, Cadbury Dairy Milk ingin mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menyediakan kuih raya dan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati di bulan Ramadan tahun ini. Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama pembuat kuih tempatan akan berkongsi pelbagai resipi enak serta unik seperti, Kek Batik Coklat Cadbury, Biskut Keju Cadbury, Almond London Cadbury dan Tart Coklat Cadbury, yang terkenal dengan rasanya yang tersendiri dan kelazatan coklat Cadbury Dairy Milk.
Memandangkan pandemik ini telah menjejaskan kehidupan banyak isi rumah berpendapatan rendah dan menyukarkan usaha mereka dalam mencari pendapatan, ramai rakyat Malaysia telah tampil menyahut cabaran dan menghulurkan bantuan. Diinspirasikan oleh usaha mulia tersebut dan didorong oleh semangat kedermawanan yang selaras dengan jenama Cadbury Dairy Milk, serta nilai dan budaya ‘Kepelbagaian dan Keterangkuman’ (Diversity and Inclusion) yang didokong oleh Mondelēz International demi memperkasakan insan dan komuniti, kempen ini telah diusahakan dengan kerjasama Food Aid Foundation, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang memfokuskan kepada pengagihan makanan dan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan.
Cadbury Dairy Milk mendorong rakyat Malaysia untuk menyediakan kuih raya serta bersama-sama menyertai program kemasyarakatan ini. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai kempen ini:
1. Buat kuih raya mengikut kreativiti anda sendiri atau cuba resipi kuih raya unik yang dicadangkan oleh Cadbury Dairy Milk. Ianya cukup mudah untuk disediakan dan hasilnya pasti enak. Lawati resipiraya.cadburyoreo.com.my untuk pelbagai resipi kuih Raya ringkas yang boleh dicuba.
2. Kongsikan hasil air tangan anda yang serba enak tersebut ke dalam media sosial Instagram dengan meletakkan tag @Cadbury_MY dan tanda pagar #KuihRayaDariHati
3. Anda pasti berasa gembira apabila mengetahui bahawa bagi setiap kuih raya yang dibuat dan dimuatnaik di Instagram*, Cadbury Dairy Milk akan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan. Food Aid Foundation akan menghantar pek sumbangan Raya yang mengandungi barangan keperluan, duit raya dan Kuih Raya Cadbury Dairy Milk kepada keluarga yang memerlukan. Kempen ini sehingga 12 Mei 2021.
Resipi Kek Batik Coklat Cadbury
Bahan-Bahan (Kek)
400 g Biskut McVitie’s Digestives (dipatah-patahkan)
250 g Biskut OREO Original (buang krim dan patah-patahkan)
200 g Mentega
1 ½ cawan Serbuk koko
½ cawan Susu pekat manis
1 ½ cawan Air panas
1 biji Telur (Gred A)
1 sudu kecil Esen vanilla
Bahan-Bahan (Ganache)
200 g Krim putar
2 bar (320 g) Cadbury Dairy Milk Chocolate (plain)
1 sudu besar Mentega
1 sudu kecil Esen vanilla
Bahan-Bahan (Hiasan)
1 bar (160 g) Cadbury Dairy Milk Fruit & Nut (potong kasar)
Cara Penyediaan
1. Di dalam kuali, satukan susu pekat manis, sebuk koko dan mentega. Cairkan hingga semua bahan sebati.
2. Masukkan air panas, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga bancuhan berkilat.
3. Masukkan biskut McVitie’s Digestive dan OREO sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam Loyang yang telah dialaskan dengan kertas pacmen lalu mampatkan.
5. Sejukkan dalam peti sejuk selama sejam.
6. Sementara itu, untuk membuat ganache (topping): panaskan krim putar dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 minit. Masukkan cincangan coklat Cadbury, mentega dan esen vanilla. Kacau sehingga semua bahan sebati.
7. Keluarkan ke dari peti sejuk, buang kertas pacmen. Tuang ganache tadi dan ratakan atas kek. Hias kek dengan Cadbury Dairy Milk Fruit & Nut yang dipotong kasar.
Selain daripada itu, Cadbury Dairy Milk juga telah bekerjasama dengan 99 Speedmart®, rangkaian pasar raya mini popular di seluruh Malaysia, yang turut berkongsi nilai kedermawanan dan amalan saling bantu-membantu. Dengan setiap pembelian satu (1) pek-kongsi-bersama Cadbury Dairy Milk 150g dan satu (1) paket OREO 133g (pelbagai variasi) di mana-mana cawangan 99 Speedmart®, Mondelēz International (Malaysia) akan menyumbangkan RM0.50 kepada Food Aid Foundation.
Layari resipiraya.cadburyoreo.com.my untuk mencuba resipi kuih raya Cadbury yang lain.
Foto: Cadbury Malaysia
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Yang Perlu Anda Tonton Sepanjang April 2021