Menjadi menu kegemaran buat hari natal, kek yang berasaskan dari lobak merah ini juga turut menjadi antara pemanis mulit yang digemari di Malaysia.
Setiap kali berada di kedai kopi atau kedai pemanis mulut, kek lobak merah adalah antara yang tersenarai di dalam menu dan oleh kerana itu, EH! sajikan satu resepi kek lobak merah yang mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Bukan itu sahaja, resepi krim keju untuk dijadikan isi dan salutan kek juga turut diselitkan bersama!
BAHAN-BAHAN KEK LOBAK MERAH :
1 ¼ CAWAN MINYAK JAGUNG
4 BIJI TELUR
120 GRAM GULA KASTOR
120 GRAM GULA PERANG
100 GRAM KACANG WALNUT (DICINCANG KECIL)
1 CAWAN KISMIS KUNING
1 ½ CAWAN LOBAK MERAH (DISAGAT)
250 GRAM TEPUNG KEK
1 SUDU KECIL SODA BIRKABONAT
¼ SUDU KECIL SERBUK KAYU MANIS
¼ SUDU KECIL GARAM HALUS
CARA-CARANYA :
Langkah pertama, anda harus mengasingkan bahan-bahan kering seperti, tepung kek, soda bikarbonat, serbuk kayu manis, dan garam, ayak bahan-bahan tersebut kedalam satu mangkuk dan kacau sebati. Tetapi sebelum itu sediakan dulang kek 8 atau 9 inch lebar yang sudah diberus dengan mentega, dan dialas kertas minyak supaya mudah dikeluarkan selepas masak. Empat biji telur harus dipukul sehingga kembang, kemudian masukan minyak jagung dan dua jenis gula seperti yang tersenarai dan gaul sebati mengunakan ‘whisk’. Kemudian masukan lobak merah yang telah disagat halus, kismis, dan kacang walnut kedalam adunan dan kacau sehingga sebati. Sedikit demi sedikit masukan adunan tepung yang sudah disatukan kedalam adunan, kacau bahan tersebut dan tuangkan ke dalam dulang masakan yang telah tersedia. Pada suhu api 160°C bakar kek lobak merah anda selama 1 jam. Cucuk tengah kek dengan lidi sebelum mengeluarkan dari ketuhar untuk memastikan kek anda masak dengan sempurna.
BAHAN-BAHAN KRIM KEJU :
250 GRAM KRIM KEJU
100 GRAM MENTEGA
100 GRAM GULA ISING
1 SUDU JUS PERAHAN LEMON
CARA-CARANYA :
Pastikan mentega dan krim keju sedikit lembut untuk diputarkan bersama bersama mesin pemutar. Gabungkan kesemua bahan tersebut dan pukul sehingga kembang. Apabila adunan tampak cerah dan ‘fluffy’selepas 5-8 minit diputar, krim keju anda sudah boleh dihiaskan pada kek lobak merah.