Setiap kali bulan puasa tiba, pastinya ramai yang mencari juadah ini kala berkunjung ke bazar ramadan, walhal anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Ini resipinya. Jom cuba!
Ayam Masak Merah
Bahan – bahan :
1/2 ayam
Secubit serbuk kunyit
Bahan – bahan untuk dikisar :
4-5 keping cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sebiji bawang merah
Sebiji tomato (dipotong ke bentuk kiub)
1/2 cawan sos tomato
Bahan hiasan :
1/2 bawang merah (dihiris)
Langkah-langkah :
1. Cuci ayam dan cincang ke bahagian-bahagian lebih kecil.
2. Perap ayam di dalam serbuk kunyit dan goreng sehingga ia 2/3 masak.
3. Tidak termasuk tomato yang dipotong dan sos tomato, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga berbau wangi.
4. Masukkan tomato yang telah dipotong dan sos tomato, tumis sehingga lapisan minyak terbentuk.
5. Masukkan ayam dan biarkan sehingga sos berkurangan. Kacau campuran sekali-sekala.
6. Selepas sos telah berkurangan, masukkan bahan hiasan dan biarkan ia reneh selama 1-2 minit sebelum memadamkan api. Siap untuk dihidang.