Resipi Blueberry Swiss Melts hanya menggunakan lima bahan dan hanya mengambil masa 10 minit untuk disediakan menggunakan beri biru yang segar.
Mahukan resipi yang mudah tetapi kekal sofistikated? Resipi Blueberry Swiss Melts hanya menggunakan lima bahan-bahan sahaja dan hanya mengambil masa 10 minit untuk disediakan menggunakan beri biru yang segar. Bukan sahaja enak di makan, beri biru juga diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat kepada badan. Ia mengandungi pelbagai jenis mineral dan vitamin, termasuklah vitamin C, vitamin K, serat dan mangan.
Blueberry Swiss Melts
Bahan-Bahan
2 biji mufin English whole-wheat, dipotong dua
4 sudu kecil mustard grainy
8 keping keju Swiss
1 cawan beri biru segar atau beku
1 sudu besar daun taim segar
Cara Penyediaan
- Panaskan pemanggang. Susun mufin English di atas kertas kerajang, panggang selama 30 hingga 60 saat setiap bahagian, atau sehingga bakar sedikit.
- Sapukan mustard ke atas setiap mufin. Letakkan sekeping keju Swiss di atas setiap mufin dan bahagikan beri biru sama rata. Letakkan keju selebihnya di atas.
- Panggang selama 1 hingga 2 minit atau sehingga keju cair dan membuak.
- Hiaskan dengan daun taim.
Tip Resipi
Jika menggunakan beri biru yang beku, Pastikan anda membilas dengan air terlebih dahulu.
Kini, peminat blueberry tidak lagi perlu menunggu kedatangan musim untuk menikmati kebaikan beri biru sepanjang tahun. USA Highbush Blueberries boleh didapati secara segar atau beku dengan pelancaran kempen ‘The Blues That Make You Feel Good’ oleh U.S. Highbush Blueberries Council dalam memberikan kebaikan dan khasiat yang berterusan.
US Highbush Blueberries boleh didapati di Jaya Grocers, Village Grocers, Bake With Yen, dan juga platform beli-belah atas talian seperti Shopee, Matahari Organic, serta Signature Market.
Foto: US Highbush Blueberries
Baca lebih lanjut: Resipi Gourmet South Australia Istimewa Oleh Chef Wan