Kala bulan puasa ini, selain dari kuih Tepung Pelita, kek coklat moist juga merupakan pencuci mulut kegemaran ramai. Kalau nak cuba buat sendiri di rumah, ini dia resipinya yang mudah dan menyelerakan.
Kek Coklat
Bahan-bahan:
Untuk Adunan
2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 biji telur
1 cawan susu
1/2 cawan minyak
2 sudu teh ekstrak vanila
1 cawan air panas
Untuk Icing
1 cawan mentega
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
2/3 cawan susu
1 sudu teh ekstrak vanila
Langkah-langkah:
1. Panaskan ketuhar ke 360F / 180C. Gris dan tepungkan dua bekas untuk kek bersaiz 9-inci. Letak tepi.
2. Dalam bekas pengadun, campurkan tepung, gula, koko, soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam.
3. Tambah telur, susu, minyak sayuran dan ekstrak vanila. Adun sehingga lembut, lebih kurang tiga minit.
4. Gaul menggunakan spatula dalam air panas. Adunan akan lebih likat dan lembap.
5. Tuangkan adunan ke dalam kedua-dua bekas tadi dan bakar selama 30 hingga 35 minit, periksa sama ada kek sudah betul masak dengan menggunakan lidi dan cucuk ke dalam bahagian tengah kek. Pastikan ia bersih dan hanya beberapa lembapan coklat yang kelihatan pada lidi tersebut.
6. Biarkan ia menyejuk selama 10 minit sebelum keluarkan dari bekas tersebut. Kemudian sejukkannya sepenuhnya.
7. Dalam masa yang sama, sediakan icing krim coklat. Gunakan pengadun untuk mengadun mentega sehingga fluffy.
8. Dengan perlahan, tambah serbuk koko, gula halus, susu dan ekstrak vanila. Pukul sehingga lembut.
9. Sapukan rata icing krim coklat yang sudah siap tadi ke dua-dua bahagian kek tadi dan lapiskan antara satu sama lain. Sempurnakan sapuan di bahagian tepi kek.