Sempena musim perayaan Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi, pastinya yang dicari-cari adalah resipi juadah buat lebaran nanti.
Resipi yang dinamakan Raya Manis Kismis California oleh Chef Rohani Jelani ini mungkin dapat berikan anda inspirasi dan idea untuk santapan Aidilfitri ini. Jom cuba resipi ini!
BUBUR CHA-CHA California Natural Raisin
200 g* ubi kayu
200 g* ubi keledek oren
200 g* ubi keledek ungu
200 g* ubi keladi
120 g California Natural Raisins
500 ml santan pekat
500 ml air
½ sudu teh garam
3 helai daun pandan, simpul
Gula putih secukup rasa (anggaran 100 g)
*berat selepas dibuang kulit
- Potong ubi kayu, keledek dan ubi keladi dalam bentuk kiub anggaran 2 sm. Masukkan dalam bekas dan kukus sehingga empuk.
- Satukan santan, air, garam, daun pandan dan gula dalam periuk besar. Masak sehingga mendidih. Masukkan pula bahan yang telah dikukus dan raisins. Renehkan atas api perlahan kira-kira 10 minit dan angkat. Hidang semasa masih hangat.
*Dapat 8 – 10 hidangan