Setiap kali bulan Ramadan tiba, apa yang dinanti pastinya juadah berbuka puasa. Menjadi kebiasaan kala berbuka puasa bersama keluarga tercinta pastinya sesi memasak menjadi satu cara pengerat ikatan kekeluargaan. Tetapi apa yang selalu menjadi masalahnya adalah pabila ketandusan idea untuk menu berbuka.
Dengan adanya buah kiwi Zespri Sungold sebenarnya ada banyak idea resipi yang boleh dicuba buat hidangan berbuka puasa. Tidak kira dari segi minuman, pencuci mulut, pembuka selera mahupun juadah utama.
Segalanya boleh menggunakan buah kiwi yang ternyata kaya dengan Vitamin C untuk memberikan khasiat tambahan buat tubuh sepanjang bulan puasa ini. Hakikatnya, kiwi mempunyai kandungan Vitamin C tiga kali ganda dari buah oren.
Jadi kali ini EH! inginkan kongsikan resipi Kerabu Meehon Pedas Bersama Kiwi Zespri dari Chef popular tanah air iaitu Chef Rohani Jelani.
Bahan-bahan:
- 2 Zespri Green Kiwifruit, dibuang kulit
- ½ cawan kelapa parut
- 100 g meehoon
- 150 g udang yang dibuang kulit dan direbus
- ⅓ cawan (50 g) udang kering, goreng di dalam minyak sehingga rangup
- 6 biji bawang merah dihiris halus
- 1 batang bunga kantan dihiris halus
- 1 cawan pucuk kacang
- ½ cawan (40 g) lobak merah dicincang halus
- ½ cawan daun pudina
Bahan-bahan membuat dressing cili
- 3 cili merah (60 g)
- 10 g belacan bakar
- 3 sudu (45 ml) jus limau calamansi
- 1 ½ sudu sos ikan
* Sesuai untuk hidangan empat orang
Cara-caranya:
- Buang biji dari dua biji cili dan hiris. Letakkan cili, belacan bakar, jus limau dan sos ikan di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga ia menjadi pes lembut. Letak ke tepi.
- Rendam meehoon di dalam mangkuk tahan panas dan tuangkan air panas serta tutup. Biarkan selama lima hingga 10 minit atau sehingga ia betul-betul masak. Tos menggunakan penapis.
- Potong buah kiwi kepada dua bahagian dan hiris dengan ketebalan 0.5cm. Biarkan seketika dan sejukkan ia sementara anda menyiapkan persediaan yang lain.
- Bakar kelapa parut di atas api perlahan, kacau sentiasa sehingga ia menjadi kelihatan garing dan bertukar coklat keemasan Biarkan ke tepi.
- Letakkan meehoon yang telah direndam dengan air panas tadi di dalam sebiji mangkuk. Campurkan bahan-bahan cili dressing dan gaul sebati. Masukkan udang kering yang telah dicelur, bawang merah, bunga kantan, pucuk kacang dan lobak merah. Kacau rata.
- Akhir sekali, tambahkan buah kiwi yang telah di hiris bersama daun pudina. Hidangkan segera bersama taburan kelapa parut yang telah digoreng tadi.