Ramadan yang dinanti sudah pun kembali. Lumrahnya, ramai yang akan runsing tatkala perlu memikirkan menu bersahur di pagi hari. Jadi, EH! kongsikan resipi sahur sihat dan mudah dari Fonterra Brands Malaysia.
Umum tahu yang mana kunci kepada tenaga yang cukup untuk tubuh bertahan sepanjang hari ketika bulan puasa adalah dengan mengambil makanan dan minuman yang menyalurkan tenaga.
Kurma sangat digalakkan untuk diambil ketika waktu berbuka puasa dan bersahur kerana kebaikannya dalam menjana tenaga tubuh serta mengelakkan penyakit gastrik. Mungkin tidak semua orang yang gemar memakan kurma, jadi ini adalah salah satu cara untuk anda mengambilnya dalam hidangan bersahur anda.
Bahan-bahan :
1/2 cawan yogurt Anlene Rendah Lemak (plain)
1/2 cawan oat
2/3 cawan Anlene Concentrate UHT (Original)
1 sudu biji Chia
2 sudu kurma dipotong halus
Untuk hiasan, anda juga boleh menggunakan kurma (cadangan lain : buah-buahan segar, granola atau kelapa)
Cara-cara menyediakan:
1. Campurkan yogurt Anlene Rendah Lemak, Anlene Concentrate UHT, oat, biji Chia dan hirisan kurma ke dalam balang kaca. Adun sebati dan tutup.
2. Simpan di dalam peti sejuk sehingga ia menjadi pekat seakan puding, sebaiknya simpan semalaman.
3. Letakkan kurma atau pun buah-buahan segar pilihan anda sebagai hiasan atas overnight oat tersebut. Baik dihidang ketika ia masih sejuk.