Tatkala tibanya bulan puasa, boleh kata ramai yang teruja untuk menantikan Syawal, apatah lagi demi untuk menikmati juadah kemestian di hari raya.
Tidak perlu tunggu musim perayaan untuk menikmati hidangan lazat Aidilfitri seperti rendang, lemang, ketupat dan kuah lodeh. Anda boleh cuba masak sendiri untuk penuhi citarasa diri.
EH! kongsikan resipi Rendang Tok yang mudah dan ringkas untuk anda cuba kala bulan ramadan ini.
Bahan-bahan :
300gram daging lembu tanpa lemak
1/2 cawan Anchor Cooking Cream atau boleh juga gunakan Anchor UHT Milk
10 gram lengkuas, dikikis dan buang jusnya
1/4 cawan kerisik
1 benih buah pelaga
1/2 keping bunga lawang
1/2 keping kulit kayu manis
1/2 keping asam keping
1 sudu serbuk kari
15 gram sugar melaka
1/2 sudu teh garam
2 cawan air
Bahan-bahan A: Goreng tanpa minyak dan kisar
1 sudu teh rempah ketumbar
1 sudu teh benih jintan putih
1 sudu teh lada hitam
10 cili kering
Bahan-bahan B : Kisar
30 gram (3 tangkai) serai
5 gram halia
100 gram bawang merah
10 gram bawang putih
Cara-cara penyediaan :
1. Bersihkan daging, toskan lebih air dan perap with bahan-bahan A dan B selama 30 minit.
2. Tuangkan air ke dalam kuali. Masukkan daging yang telah diperap bersama halia, benih buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, serbuk kari, gula melaka dan gula. Masak sehingga daging separuh masak.
3. Masukkan asam keping dan Anchor Cream atau Anchor UHT Milk. Kacau selama 1-2 minit.
4. Tambah kerisik dan gaul sehingga ia kering.
5. Hidangkan bersama nasi.