Oleh: Izni Jalil
Gambar: TPG News
Jika sebelum ini nasi lemak mahupun roti canai menjadi menu utama ketika bersarapan, apa kata anda cuba resipi EH! ini untuk rahsia bentuk badan lebih langsing dan sihat.
Smoothie Pisang & Oat
¼ cawan oat
½ cawan yogurt asli rendah lemak
1 biji pisang, dipotong tiga
½ cawan susu rendah lemak
2 sudu besar madu
¼ sudu kecil serbuk kayu manis
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Hidangkan serta merta. Jika ingin tambah perasa, hiaskan dengan potongan strawberi.
Khasiat Oat
Ia adalah salah satu bijirin yang mengandungi nutrisi semulajadi dan kaya dengan fiber. Oat lambat dihadam dan menyebabkan anda kenyang dalam jangka masa yang panjang. Makanan sempurna untuk pesakit diabetes yang bisa mengawal paras gula dalam darah.