Jika sudah kering idea memikirkan apa yang mahu disediakan untuk makan tengahari atau makan malam, mungkin anda boleh cuba sajian ringkas yang dikongsikan oleh Marks & Spencer ini. “Pasta ini sangat ringkas dan menyelerakan. Jika anda seorang vegetarian boleh gantikan sosej dengan Plant Kitchen Sausoyges dan ketepikan keju parmesan,” kata chef Chris Baber yang sudi berkongsi resipi ini.
Spicy Sausage Pasta
Bahan-Bahannya
400gram fusilli pasta
1 sudu minyak zaitun
1 ulas bawang putih
1 sudu serpihan cili (chilli flakes)
1 sudu jintan manis
1 pek sosej
550gram Cook With M&S Chunky Mediterranean Style Veg Mix
1 sudu cuka balsamic
2 tin tomato cincang
1 ikat daun pasli
Keju parmesan
Persedian Sebelum Memasak
Ketuk bawang putih, cincang sosej dan juga daun pasli.
Cara Menyediakan
1- Rebus pasta terlebih dahulu. Dalam masa yang sama panaskan kuali dan minyak zaitun, kemudian masukkan bawang putih, serpihan cili dan juga jintan manis.
2- Bila sudah naik bau masukkan sosej dan goreng dalam tiga minit. Kacau menggunakan sudip kayu.
3- Masukkan pula Cook With M&S chunky Mediterranean-style Veg, dan kacau rata bersama garam. Biarkan seketika sehingga sayur sedikit lembut.
4- Masukkan cuka balsamic dan kacau mesra. Kemudian masukkan tomato dan masukkan suku dari jumlah air rebusan pasta tadi.
5- Tunggu hingga ia menggelegak dan pekat dalam 10 minit. Cuba rasa, jika tidak cukup rasa boleh tambahkan sedikit garam. Jika sos nampak kering boleh tambah lagi sedikit air.
6- Tos atau tapis pasta yang sudah masak, kemudian tambahkan dengan sos pasta yang kita sediakan tadi bersama daun pasli dan parmesan. Jika mahu boleh tambahkan lada hitam.