Selain dengan himpunan pakaian dan aksesori yang edgy dan quirky, mungkin ada sebahagian lagi yang tidak tahu bahawa Gucci juga mempunyai restoran yang diberi nama Gucci Osteria yang terletak di Florence, Itali. Dan EH! seronok bila Cef Karime Lopez yang berkhidmat di dapur restoran ini sudi berkongsi resipi dengan kami. Mungkin ini antara resipi yang boleh anda cuba hujung minggu ini.
Cef Lopez kongsikan cara menyediakan pasta dengan sos fennel, yang mana menurut sejarah Greek dan Roman, fennel adalah lambing kepada kekuatan dan ia membawa tuah. Untuk anda yang mahu mencuba resipi ini, anda boleh gantikan fennel dengan asparagus, lobak, brokoli dan macam-macam lagi.
LUCKY FENNEL
(Linguine Dengan Krim Fennel)
Bahan-bahannya
Fennel untuk dijadikan krim
Dua biji fennel untuk dihiris
2 ekor udang merah
200 gram wild fennel
20 biji pistachio
1 biji lemon
minyak lemon
400 gram seed oil
Minyak zaitun (extra virgin)
Garam
100 gram linguine (pasta)
Cara Menyediakan Krim
Cuci dan potong fennel, kukus pada suhu 90 darjah selama 2 jam.
Keringkan seketika fennel selepas ia masak dan gaul atau pukul bersama minyak zaitun dan garam hingga berkrim.
Kemudian tapis krim dan ambil hasil tapisan yang halus.
Cara Menyediakan Wild Fennel Oil
Pukul 400gram seed oil bersama 200 gram wild fennel
Kemudian panaskan minyak di dalam kuali dan kemudian tapiskan minyak yang sudah dipanaskan tadi.
Cara Menyediakan Pistachio.
Bakar pistachio di dalam ketuhar pada suhu 190 darjah selama 4 minit.
Kemudian parutkannya.
Cara Menyediakan Sajian Utama
Masak linguine di dalam air yang sudah dicampurkan garam selama 5 minit.
Tapis linguine dan masak di atas kuali selama 3 minit, tambah krim dan minyak lemon untuk jadikan ia lebih berkrim.
Gaul fennel yang dihiris bersama wild fennel oil.
Gaulkan udang merah bersama minyak zaitun dan hirisan kulit lemon. Kemudian potong enam udang merah tadi.
Cara Menyajikannya
Taburkan parutan pistachio di atas pinggan, kemudian masukkan linguine di atasnya.
Masukkan pula hirisan udang diikuti parutan pistachio dan hirisan fennel.
Hiaskan dengan daun wild fennel.