Bermula 25 Oktober, anda boleh menikmati pengalaman unik menghasilkan burger dan susu kocak sendiri di restoran FIVE GUYS pertama Malaysia yang terletak di Resort World Genting,Tanah Tinggi Genting.
FIVE GUYS kini tiba di Malaysia! Bermula 25 Oktober 2021, anda boleh menikmati pengalaman menghasilkan burger dan susu kocak sendiri di FIVE GUYS yang terletak di Resort World Genting, Tanah Tinggi Genting. Pembukaan restoran pertama Malaysia di Sky Avenue ini boleh menempatkan sehingga 50 pengunjung pada satu-satu masa, dan juga mesra Muslim untuk dinikmati oleh semua.
Pilihan Menu
Restoran berukuran 2600 kaki persegi ini akan memberikan peluang kepada pengunjung untuk menghasilkan sendiri burger, hotdog atau sandwic yang unik. Dengan pilihan 15 hias atas secara percuma, pengunjung boleh menghasilkan kombinasi mengikut citarasa masing-masing. Oleh itu, terdapat lebih 250,000 pilihan kombinasi yang boleh dihasilkan oleh pengunjung nanti.
Seperti burger, pengunjung juga boleh menghasilkan minuman susu kocak mengikuti selera masing-masing di FIVE GUYS. Mereka memberikan keunikan dengan lapan campuran perisa secara percuma seperti slated caramel, coklat dan susu malt, untuk menghasilkan susu kocak tersendiri.
Tidak dilupakan, setiap pengunjung perlu mencuba kentang goreng FIVE GUYS yang dimasak dengan susu kacang untuk memberikan kerangupan di luar serta rasa kentang putar berkrim di dalam. Terdapat juga alternatif perasa Cajun yang pedas sebagai kelainan nanti.
Sejarah FIVE GUYS
FIVE GUYS telah menjadi restoran kegemaran di sekitar Washington D.C. sejak 1986 lagi. Ia diasaskan oleh Jerry dan Janie Murrell yang menawarkan nasihat kepada tiga adik-beradik lelaki Murrell, “Start a business or go to college.” Adik-beradik lelaki Murrell kemudiannya memilih untuk memulakan sebuah perniagaan burger di Arlington, Virginia.
Perniagaan yang bermula kecil itu kian mendapatkan perhatian, lantas diundi nombor satu sebagai burger terbaik di kawasan metro Washington D.C. Selepas itu, dua lagi adik beradik menyertai mereka selari dengan permintaan yang semakin meningkat. Pada 2003, Jerry dan Janie bersama ‘Five Guys’ mula menawarkan peluang francais. Sedekad selepas itu, restoran burger ini boleh didapati di 1700 lokasi di seluruh dunia.
Foto: FIVE GUYS Malaysia
Baca lebih lanjut: Dari Pentas Peragaan Ke Kaca Televisyen, Transisi 5 Bintang K-Drama Yang Bermula Sebagai Model Peragaan