Masakan Korea sememangnya unik, terutamanya apabila anda boleh memanggang atau memasak makanan anda sendiri di meja anda. Ia bukan sahaja tentang mencuba hidangan yang lazat, ia juga tentang pengalaman keseronokan seperti dalam K-Drama pada keseluruhan hidangan.
Restoran Korea semakin popular, dan rakyat Malaysia sangat menyukainya. Terdapat banyak restoran Korea di Malaysia yang menyajikan hidangan lazat terus dari Korea. Satu perkara yang menarik tentang makanan Korea ialah pelbagai perisa dan hidangan yang boleh anda cuba dan bahagian yang terbaik adalah, anda kini anda boleh menikmati makanan Korea sebenar tanpa perlu pergi jauh! Mari lihat 7 restoran Korea yang menyajikan hidangan asli dari tanah ginseng ini.
7 Restoran Korea Buat Peminat K-Drama:
1. Sweetree
Sesuai dengan namanya, Sweetree menyediakan tempat yang selesa untuk tetamu menikmati pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan. Terletak di Ampang dan mempunyai reka bentuk dalaman restoran yang sangat Instagrammable. Sweetree menawarkan menu yang wajib dicuba iaitu BBQ Korea. Selain itu, mereka juga turut menawarkan hidangan lazat yang lain seperti Bulgogi, Bibimbap, Subi, Jjampong dan banyak lagi. Setiap kali anda berada dalam mood untuk makanan Korea, sudah pasti Sweetree ándala pilihan yang terbaik.
2. Geunyang Gogi
Jika anda sedang mencari tempat BBQ Korea Halal di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Geunyang Gogi ialah tempat yang sesuai. Terletak di kawasan yang damai dengan banyak tempat letak kereta percuma, Geunyang Gogi menawarkan pelbagai hidangan Korea yang lazat dan daging halal yang dipanggang dengan arang tradisional. Mereka mempunyai pilihan daging, termasuk kambing. Apa yang lebih menarik adalah, mereka menawarkan Banchan, kimchi Jigae, telur kukus, dan pajeon secara percuma untuk diisi semula.
3. Han Modern Korean Grill
Sebaik sahaja anda melangkah masuk, anda akan menemui ruang yang besar dan mewah, terletak di tingkat satu Menara Hap Seng. Han Modern Korean Grill, menghidangkan sebahagian besar daging lembu, dipanggang tepat di meja anda. Hidangan istimewa seperti, striploin wagyu Australia diterbangkan khas buat pelanggan mereka. dengan skor marbling 4-5, ia pasti berbaloi untuk diri anda. Jika anda tidak berminat dengan daging lembu, mereka juga ada menyediakan daging kambing dan dada itik salai. Anda juga boleh mencuba beberapa hidangan lain seperti, mee soba sejuk, makanan laut dan pajeon, dan banyak lagi.
4. OISO
Restoran Korea Oiso mengambil inspirasi daripada hidangan tradisional Korea Selatan dan memenuhi citarasa penduduk Malaysia. Oiso menawarkan pelbagai menu hidangan authentic Korea yang pasti menarik perhatian anda. Salah satu hidangan popular mereka adalah, Mi Sos Kacang Hitam Korea atau Jajangmyeon, dengan campuran rasa pahit, masam dan manis dan disajikan bersama tteokbokki dengan sos Korea pedas. Untuk merasai masakan asli Korea, Restoran Korea Oiso adalah tempat wajib untuk anda dikunjungi.
5. SeoulNami Korean BBQ
SeoulNami merupakan tempat yang menarik untuk menikmati makan malam bersama rakan anda. Mengambil inspirasi daripada ayam barbeku terkenal Chuncheon. SeoulNami menyajikan barbeku Korea yang lazat. Hidangan yang wajib anda cuba adalah, ayam Chuncheon, yang terdapat dalam empat perapan berbeza seperti Mentega Madu dan Ganjang. Jika anda masih mempunyai ruang di dalam perut anda, pastikan anda cuba hidangan ramyeon dan hidangan sampingan kek keju bakar arang yang ringan dan berkrim. Percayalah, ia pasti membuat anda tersenyum.
6. Godubab
Restoran Korea yang selesa ini terletak di The School, Jaya One, Petaling Jaya, ia adalah tempat yang sesuai untuk merasai makanan asli Korea seperti yang anda lihat dalam K-drama dimana mereka menyajikan makanan authentic Korea yang lazat dan memuaskan. Restoran ini menggunakan daging dan bahan-bahan halal, tanpa alkohol dan menawarkan hidangan Korea klasik seperti Kimbab, Bibimbab, Tteokbokki, pajeon dan Ramen untuk dinikmati. Mereka juga turut menyajikan sup rumpai laut yang lazat.
7. K-Town BBQ Grill
Jika anda meminati Korean BBQ, anda mungkin pernah mendengar K-Town Korean BBQ Grill yang menyajikan pelbagai hidangan dari Korea seperti mi, nasi, daging dan makanan laut. Dan yang menariknya, bahagian dalam restoran diilhamkan oleh K-drama yang popular, dengan lampu neon. Mereka juga turut menyajikan daging Wagyu Jepun A5 yang semestinya mempunyai rasa yang kaya, bersahaja dan tekstur daging yang pasti cair dimulut anda. Tetapi jika anda lebih meminati makanan laut, mereka juga turut mempunyai pelbagai pilihan udang segar, kerang, sotong dan banyak lagi.
Artikel Berkaitan: 4 Lokasi Bufet Seperti Sukiya Yang Anda Perlu Cuba!