Tidak perlu bersusah payah membuat keputusan tentang apa yang anda ingin makan, semuanya ditentukan oleh chef, dan anda hanya perlu duduk dan menikmati pertunjukan dari chef berpengalaman.
Hidangan omakase semakin popular di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya bagi mereka yang ingin reward diri mereka dengan hidangan yang lazat atau untuk meraikan majlis istimewa. Walaupun ia biasanya bukan pengalaman yang murah berbanding memesan makanan ala carte, tetapi ia pasti berbaloi untuk mencuba jika anda menggemari hidangan dari Jepun. Oleh itu, EH! senaraikan 10 restoran omasake di sekitar Lembah Klang buat pencinta makanan Jepun di mana anda boleh menikmati hidangan omakase yang unik dan tidak dapat dilupakan.
Semak senarai 10 restoran omasake di sekitar Lembah Klang buat pencinta makanan Jepun;
1. Hanatei Xclusive
Meriahkan pengalaman omakase anda di Hanatei Xclusive, sebuah rsetoran yang menampilkan makanan laut Jepun dan garam istimewa. Chef berpengalaman akan menyusun omakase yang dipadankan mengikut bajet anda, minimum RM250++ seorang. Terletak di pusat bandar, tepat di belakang stesen LRT Ampang Park, Hanatei Xclusive menawarkan pengalaman omakase yang menarik dan unik. Anda boleh membuatkan tempahan lebih awal, dan Chef Nexus dengan senang hati akan menyusun menu yang sesuai dengan citarasa anda.
2. Sushi Yoshi Omasake
Chef Otsuka San, membawa sentuhan segar di Sushi Yoshi yang bertempat di LaLaport Bukit Bintang, memberikan anda pengalaman omakase dengan menu yang yang eksklusif dan sushi yang berkualiti tinggi. Chef Otsuka San, yang mempunyai pengalaman di restoran berbintang Michelin di Barcelona, menggabungkan tradisi Jepun dengan citarasa kontemporari, mencipta sajian yang luar biasa dan memuaskan. Menu Omakase Takumi, pilihan teratas, memerlukan tempahan seawal lima hingga enam hari berharga RM1,298 seorang, menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan hidangan mewah seperti shirako, telur ikan salmon, dan siput tempurung gading. Setiap sajian disajikan dengan penjagaan dan ketelitian yang penuh, mencipta pengalaman makan yang dikenang.
3. Umi Omakase
Alami pengalaman Omakase yang tidak dapat dilupakan bersama Chef Tamaru Koji di Umi Omakase bertempat di Bangsar south. “Umi” yang membawa maksud lautan dalam bahasa Jepun, menggunakan bahan-bahan segar yang diterbangkan secara langsung dari Pasar Toyosu di Jepun, menjamin kualiti dan pengalaman terbaik anda di sini. Dengan lebih dari 30 tahun pengalaman dalam Omakase Jepun, Chef Shiga, yang terkenal di Jepun, kerap dijemput ke negara Asia lain untuk melatih seni omakase dan membawa dedikasinya ke Umi Omakase.
4. Kazu KL
Pengalaman Edomae Sushi Omakase di Kazu KL menampilkan bahan-bahan berkualiti tinggi di bawah arahan Chef Norikazu Shibata. Dengan pindah ke lokasi baru di The Five @ KPD, Kazu KL menawarkan suasana yang menyenangkan untuk menikmati hidangan yang diolah dengan teliti dan memuaskan selera. Dengan menu yang pelbagai, termasuk koktel Jepun yang lazat, dan tempat duduk terbaik di kaunter, Kazu KL memberikan pengalaman makan malam yang unik dan pengalaman omakase yang santai, dikendalikan oleh bekas chef Ebisu di Hotel Pavilion Kuala Lumpur, Chef Ricky. Dengan menu bermusim yang berubah setiap bulan, Kazu menjanjikan kepuasan rasa yang asli.
5. EDJU Omakase
Dengan kaunter sushi intim yang hanya memuatkan 10 tetamu sekaligus, Edju Omakase menawarkan pengalaman unik diketuai oleh Chef Eddie Ng, yang berasal dari Perlis dan merupakan pemilik restoran. Chef Eddie, yang menghabiskan tahun-tahun membentuk kemahirannya di dapur London, mencipta hidangan omakase dengan menggunakan ikan tua dalam setiap sushinya. Dengan harga bermula dari RM380 setiap orang, walaupun ia bukan restoran omakase Jepun yang paling tradisional san asli, Edju menjanjikan pengalaman rasa dan kreativiti yang membawa kejutan yang menyenangkan.
6. Hanare Japanese Restaurant
Terletak di tingkat bawah Intermark Mall, Hanare menawarkan pengalaman omakase yang hebat, sesuai untuk majlis-majlis khas. Setiap hidangan makanan laut dipilih sendiri dan diimport dua kali seminggu dari Pasar Ikan Tsukiji di Tokyo, kemudian diolah oleh chef berpengalaman untuk mencipta hidangan berkualiti tinggi dan unik. Selain daripada pelbagai hidangan omakase, Hanare juga menyediakan set menu ala carte, set makan tengah hari kaiseki, dan bufet makan tengah hari hujung minggu yang sangat popular di kalangan peminat makanan Jepun.
7. Minami Omasake
Jika anda teringin untuk menikmati hidangan tengah hari Jepun di sekitar Bukit Jalil, Minami Omakase adalah pilihan yang tepat. Hadir dengan set makan tengah hari, termasuk wagyu Miyazaki A5, sashimi, dan unagi, restoran ini menawarkan pengalaman kuliner yang memuaskan. Untuk pengalaman omakase yang lebih eksklusif, terdapat dua pilihan menu dengan harga RM288 dan RM388. Sambil menikmati hidangan, tetamu diberikan minuman percuma sambil duduk di kaunter sushi, menikmati pemandangan akuarium dan mural Gunung Fuji, mencipta kombinasi rasa dan tekstur yang memukau.
8. Sushi Oribe
Sushi Oribe, dibuka pada tahun 2014 oleh Master Chef Hideaki Oritsuki, di Vipod Residences Kuala Lumpur. Di sini, anda dapat merasai keindahan hidangan dengan rasa mewah seperti tiram Hiroshima dan Hokkaido uni. Restoran ini menawarkan pelbagai tempat duduk, termasuk, meja individu, dan bilik peribadi sesuai untuk pelanggan yang datang sendirian atau berkumpulan. Pengalaman omakase pula bermula dari RM380 setiap orang, sementara pilihan hidangan istimewa bermusim juga tersedia untuk mereka yang mencari pengalaman kuliner yang lebih eksklusif dan berkualiti tinggi.
9. Ginza Sushimasa
Di sebalik pintu yang tersembunyi, Ginza Sushimasa di aras 7 Le Meridien Kuala Lumpur membawa keunikan Jepun dengan hiasan dan suasana yang sunyi. Meskipun kecil, restoran ini menawarkan bilik peribadi jika diperlukan. Ruang bar menjadi tempat utama, memberikan pengalaman makan yang sebenar-benarnya, di hadapan Chef Hiroyuki Murakami berpengalaman. Menu omakase memberikan pengalaman unik dengan bahan-bahan yang berubah setiap hari, bergantung pada pilihan chef. Dengan harga bermula dari RM690, pengalaman omakase di sini pasti memuaskan.
10. Sushi Azabu
Bermula dari kota terkenal New York City sebelum membawa keunikan rasanya ke Kuala Lumpur. Sushi Azabu, menyajikan sushi khas, yang dihasilkan daripada ikan segar yang diterbangkan dari Jepun, dan disediakan dengan cara yang profesional. Terletak di Isetan The Japan Store di Lot 10, ia mudah diakses dan diterajui oleh chef Jepun yang berpengalaman. Pengalaman Omakase ini bermula dari RM360, menawarkan pilihan menarik untuk makan tengah hari atau makan malam.
Artikel Berkaitan: 7 Restoran Korea Buat Peminat K-Drama