Oleh: Farhana Fuad
Tak tahu apa nak buat hujung minggu ini? Waktu santai yang ada kadang kala buat anda buntu untuk memikirkan serta merancang apa yang ingin dilakukan bersama teman setiap kali hujung minggu tiba atau kala bakal bercuti panjang. Tentunya anda sudah bosan untuk hanya berkunjung ke pusat beli-belah, apa kata cuba aktiviti riadah baru yang bukan saja menyeronokkan tetapi juga menyihatkan tubuh dan minda selain dapat berdampingan dengan alam.
Jadi, Eh! berkongsi aktiviti yang boleh anda lakukan pada hujung minggu.
Gambar: ajhackett.com
1. Cabar perasaan takut ketinggian dalam diri anda di Skytrex, Bukit Cerakah Shah Alam.
Gambar: heartofthenomad.com
Gambar: ep-uk.com
2. Luang masa anda bersama rakan-rakan dengan sukan lasak seperti longboarding, papan luncur, roller blade atau wall-climbing. Ada beberapa pusat sukan sekitar Lembah Klang yang menawarkan aktiviti sebegini.
Gambar: lover.ly
3. Berkelah bersama yang tersayang. Ada beberapa lokasi yang boleh anda pilih seperti Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Titiwangsa dan juga taman KLCC.
Gambar: three-peaks.info
4. Kuatkan stamina anda dengan mendaki gunung, mulakan dengan pendakian tahap rendah seperti Gunung Irau di Cameron Highlands atau Gunung Nuang di Hulu Langat.
Gambar: hgdecoration.com
5. Ubah dekorasi dalaman rumah anda atau mungkin berkebun di laman luar kediaman anda. Cipta minat baru dalam mengenai jenis-jenis tumbuhan dan cuba bercucuk tanam herba atau sayur yang boleh anda nantikan hasilnya dalam beberapa minggu.