Rituals, jenama kecantikan dan gaya hidup terkenal Eropah kini meluaskan sayapnya di Asia Tenggara, membuka butik kedua-nya di ION Orchard, Singapura.
Berita gembira buat penggemar kecantikan dan penjagaan badan di Singapura, kini Rituals, jenama kecantikan antarabangsa yang terkenal dengan produk-produk penjagaan diri yang mewah, akhirnya membuka butik kecantikan keduanya di ION Orchard, pusat membeli belah terkenal di Singapura. Pembukaan butik ini menandai langkah terbaharu dalam perkembangan dunia kecantikan di Asia Tenggara dan menawarkan produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi.
Deko butik kecantikan yang mewah dengan kegemerlapan keemasan dan bunga disetiap sudut menaikkan bau haruman wangi tatkala singgah kedalam. Terlihat susunan rapi setiap produk penjagaan diri, butik ini seperti meraikan pengunjung dengan corak dan desain produk yang elegan dan mewah. Turut dihadiri selebriti Malaysia, Zahirah MacWilson, Thanuja Ananthan dan pempengaruh fesyen, Nazreem Musa yang hadir memeriahkan majlis pembukaan Rituals di ION Orchard ini.
Mengenal Rituals
Rituals adalah jenama penjagaan diri yang berasal dari Belanda dan terkenal dengan konsep “The Ritual of…” yang menggabungkan produk-produk penjagaan diri dengan ritual dalaman. Menekankan pentingnya untuk memberikan diri kita waktu untuk meraikan momen-momen kecil dalam kehidupan selepas seharian yang penat.
Rangkaian produk Rituals menawarkan pelbagai produk seperti produk penjagaan kulit, minyak wangi, produk penjagaan rambut dan bahkan produk penjagaan rumah seperti lilin aromaterapi dan pelembut pakaian. Produk Rituals terkenal kerana bahan-bahan yang digunakan hanya yang berkualiti tinggi dan aroma yang memikat lantas menenangkan si pemakai.
Memilih ION Orchard, yang terletak di Orchard Road -tempat persinggahan yang popular, Rituals menyasarkan pusat perbelanjaan paling eksklusif dan popular di Singapura, posisi strategi dan suasana yang mewah menjadikannya tempat yang sempurna bagi Rituals untuk membuka butik kecantikan keduanya di Singapura.
Rituals ION Orchard menawarkan pengalaman berbelanja yang unik dan mewah bagi pengunjungnya dengan deco dalaman yang menggabungkan elemen-elemen dari berbagai budaya, menciptakan atmosfera yang nyaman dan menenangkan. Pelanggan dapat ‘menjelajahi’ setiap pelusuk butik dengan pelbagai produk Rituals yang luar biasa, mencuba berbagai aroma yang berbeza, dan perkhidmatan rundingan dengan pakar penjagaan kulit yang berpengalaman untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit muka.
Rituals bukan hanya tentang produk penjagaan diri malah jenama ini mendorong konsep mengutamakan kesejahteraan dan kebahagiaan dengan memberikan diri waktu untuk meraikan momen-momen kecil, menciptakan kebahagiaan yang nyaman dan menenangkan. Jadi, jika anda berada di Singapura, ambil kesempatan untuk mengunjungi Rituals di ION Orchard dan raikan diri anda dengan haruman produk dan pengalaman penjagaan diri yang mewah.
Baca: 6 Jenis Berus Solekan Dan Kegunaannya Menurut Jurusolek