Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)
Dari hidangan kampung ke sajian ala Jepun dan beralih ke citarasa Barat, Le Meridien Kuala Lumpur buka pintu dengan seluas-luasnya untuk sesi iftar bufet bersama keluarga dan teman.
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.
Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)
Dari hidangan kampung ke sajian ala Jepun dan beralih ke citarasa Barat, Le Meridien Kuala Lumpur buka pintu dengan seluas-luasnya untuk sesi iftar bufet bersama keluarga dan teman.
Bulan Ramadan ini, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur menyajikan pelbagai jenis hidangan yang terdiri daripada hidangan tradisional Melayu sehinggalah ke hidangan Jepun dan hidangan Barat yang pastinya sesuai dengan apa jua keinginan anda.
Bertemakan ‘Citarasa Harmoni’, bufet yang disusun khas oleh Chef Budiman bersama rakan-rakan seperjuangannya boleh didapati bermula 6 Mei sehingga 4 Jun 2019 dengan harga RM 180 seorang untuk dewasa dan RM90 seorang untuk kanak-kanak.
Jika anda rasa harga tersebut agak mahal, jangan risau! Anda boleh dapatkan baucer early bird pada harga RM128 seorang untuk dewasa dan RM64 seorang untuk kanak-kanak dan untuk ahli Marriott Bonvoy, anda dapat menikmati diskaun 10% daripada harga early bird!
Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut, anda boleh menghantar emel kepada dining.lmkl@lemeridien.com atau hubungi nombor +60 3 2263 7434.
Input your search keywords and press Enter.