Telefon pintar boleh lipat terbaharu daripada Samsung, Galaxy Z Flip 6 meneruskan legasi inovasi dengan beberapa peningkatan yang mengagumkan. Ini reviu saya pertama kali memegang peranti ini.
Pertama kali Galaxy Z Flip 6 dikeluarkan daripada kotaknya, ia terasa nipis dan lebih praktikal jika dibandingkan dengan versi sebelum ini. Reka bentuk baharu ini terasa lebih licin dan lebih tahan lama. Apabila berada di genggaman saya, apa yang boleh saya katakan ia bagai mengenggam kotak kosong, sangat ringan dan mudah untuk dilipat hanya dengan satu tangan.
Terdapat tujuh variasi rona berbeza iaitu hitam, putih, peach, biru muda, kuning, kelabu dan mint. Saya memilih peranti berona kuning sebagai pilihan kerana ia paling menangkap mata. Dengar saja rona ini, pasti orang menganggap ia tidak cantik kerana ia digambarkan terlalu terang tetapi bagi saya, ia seakan-akan kuning keemasan. nampak mahal!
Skrin pada penutup peranti ini juga kali ini lebih besar, lagi mudah dan jelas untuk menangkap gambar dan membalas mesej.
Bagi seorang yang tidak pernah mempunyai peranti boleh lipat daripada Samsung ini, saya amat teruja hanya dengan melihatnya. Ia bagaikan kembali ke masa lalu apabila kita semua mempunyai peranti boleh lipat dengan teknologi yang amat canggih.
saya akan menggunakannya selama seminggu dan kembali untuk menceritakan lebih dalam dan terperinci tentang Samsung Galaxy Z Flip 6 ini!