Saya bertuah menjadi antara yang terawal mencuba bintang baharu Samsung, Galaxy Z Flip5 sebelum ia didedahkan kepada umum. Saya kongsikan lima ciri yang buat saya jatuh cinta dengan telefon boleh-lipat ini.
Saat teman-teman yang menggunakan telefon Samsung mengetahui saya ke Seoul menghadiri Samsung Unpacked 2023, ramai yang teruja. Mengapa? Kerana masing-masing mahu tahu apa yang lain tentang telefon yang baharu ini. Jadi, pabila acara Samsung Unpacked ini berlangsung dan semua peranti didedahkan, ramai yang membalas muat naik IG story saya.
Ada yang sudah biasa dengan telefon boleh lipat Samsung ini pastinya teruja melihatkan Galaxy Z Flip5 tampil dengan saiz skrin yang lebih besar. Ada juga teruja dengan siri Galaxy Tab S9 yang pada mereka sangat fun untuk digunakan. Dan berpandukan pengalaman beberapa hari membelek dan menggunakan telefon ini, saya kongsikan beberapa ciri yang membuatkan saya menyenanginya.
FLEX WINDOW LEBIH BESAR
Ini antara ‘modal’ utama yang ingin dijual Samsung kepada pembeli jika ditanya apa bezanya dengan modul yang lama. Saiz skrin luar Samsung Galaxy Z Flip5 lebih besar berbanding yang dulu. Jadi bila lebih besar, banyaklah yang boleh digunakan tanpa perlu membuka lipatan telefon ini. Merakam gambar juga muda lebih-lebih lagi swafoto kerana visualnya lebih jelas.
Dan di Flex Window ini sudah dipelbagaikan kegunaannya selain merakam gambar, kini boleh juga membalas atau menghantar teks, menonton YouTube, Google Maps, kalendar, cuaca, jam, bursa saham dan juga rekod ‘steps’ anda.
GAMBAR TIDAK ‘PECAH’
Lagi satu yang saya suka tentang telefon yang baru ini ialah kameranya. Malah teman-teman media yang lain memang ratanya memuji kuasa zoom kamera yang ada di telefon Samsung termasuklah Galaxy Z Flip5 ini. Saya mencubanya sendiri, dan saya ada mengambil beberapa gambar dari jauh, satu tanpa menggunakan zoom dan keduanya menggunakan kuasa zoom.
Lihat gambar di bawah, tidak banyak bezanya (resolusi direndahkan untuk muat naik di artikel ini).
Ini pula foto saya yang diambil menggunakan Flex Cam, gambarnya jelas dan warnanya juga terang.
Di bawah pula swafoto saya bersama Daiyan Trisha di studio tempoh hari.
STYLISH & CHIC
Saya rasa telefon ini menang dari segi rekaannya. Bagi saya ia sangat stylish, chic dan saiznya yang ‘comel’ memang menyenangkan. Dan di era trend beg mini menjadi kegilaan, telefon boleh-lipat adalah yang paling dicari-cari.
Lagi satu yang paling cool mestilah Flipsuit Case. Pada pendapat saya ini antara tarikan untuk kelompok muda, dan seperti menukar phone case, Flipsuit Case ini saya rasa lebih fun kerana ia akan menukar ‘vibes’ telefon kita secara menyeluruh.
FLEX HINGE
Satu soalan yang saya terima dari teman saya ialah tentang lekuk garis bila telefon ini dibuka. Jika dibanding dengan modul yang dulu, Galaxy Z Flip5 tidak ketara garisnya, dan pandangan kita pada paparan skrin tidak terjejas dan tidak terganggu dengannya kerana garisannya tidak ketara. Dan ini kerana Samsung telah menambah baik lipatan telefon ini, lebih lurus dan kompak.
BAHAN SUSTAINABLE
Lagi satu saya seharusnya menyokong dan pujian harus diberikan kepada Samsung kerana mereka juga mengambil inisiatif dengan menggunakan bahan kitar semula dalam pembikinan telefon ini. Walaupun tidak 100 peratus kerana Samsung meletakkan kualiti sebagai keutamaan, namun usaha ini sedikit sebanyak membantu dunia yang sedang berhadapan dengan isu alam sekitar khususnya pemanasan global.
Galaxy Z Flip5 hadir dengan dua versi, 256GB dijual pada harga RM4,499 dan Galaxy Z Flip5 512GB, RM4,999. Edisi kelima ini hadir dengan empat pilihan warna Mint, Lavender, Cream dan Graphite. Istimewa untuk anda yang membuat belian secara dalam talian, ada empat lagi warna istimewa ditawarkan iaitu Kelabu, Biru, Hijau dan Kuning.
BACA: Samsung Galaxy Z Fold5, Lebih Solid, Lebih Profesional