Samsung sekali lagi mengubah landskap teknologi mudah alih dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Flip7, sebuah peranti yang bukan sekadar telefon pintar, tetapi lambang kepada peralihan ke era baharu AI.
Jika sebelum ini inovasi lipatan skrin dianggap revolusi, kini Samsung Galaxy Z Flip7 hadir dengan integrasi kecerdasan buatan membawa dimensi yang lebih besar.
Samsung Galaxy Z Flip7, reka bentuk yang semakin maju.
Samsung Galaxy Z Flip7 hadir dengan paparan utama 6.9 inci Dynamic AMOLED 2X serta kadar segar semula adaptif 1-120 Hz yang menjanjikan pengalaman visual lebih lancar.
Keunikan paling ketara adalah skrin luar atau FlexWindow 4.1 inci dengan bezel ultra nipis, menjadikannya lebih berguna untuk akses notifikasi, widget, malah aplikasi tertentu tanpa perlu membuka lipatan.
Dari segi ketahanan, ia menggunakan Armour Aluminium 2 serta kaca Gorilla Glass Victus 2, bersama penarafan IP48 untuk kalis air dan habuk.
Era Baharu AI: kuasa yang lebih peribadi
Apa yang membezakan Flip7 daripada generasi terdahulu ialah integrasi penuh Galaxy AI.
Dengan cip Exynos 2500 berproses 3nm, peranti ini mampu menjalankan fungsi AI lebih efisien. Dari Live Translate ketika mesyuarat antarabangsa, Photo Assist untuk suntingan imej pintar, hinggalah Text Assist yang membantu merangka e-mel profesional, AI bukan lagi sekadar ciri tambahan, ia menjadi nadi kepada pengalaman harian.
Samsung juga memperluas fungsi AI ke paparan luar.
Melalui Now Bar dan widget interaktif, pengguna boleh mengakses aplikasi kegemaran dengan pantas, menjadikan Flip7 lebih produktif walaupun dalam keadaan lipat.
Kamera pintar untuk kreativiti tanpa batasan
Siri Flip sering dikaitkan dengan ekspresi gaya hidup dan kamera Z Flip7 membuktikan kualiti kamera terkini.
Dengan kamera utama 50MP ProVisual Engine dan rakaman 10-bit HDR, hasil foto dan video kini lebih tajam serta kaya warna. Tambahan pula, fleksibiliti lipatan engsel membolehkan gaya penggambaran “hands-free” yang kreatif, menjadikan vlogging, swafoto atau kandungan media sosial lebih mudah.
Kuasa & ketahanan untuk generasi dinamik
Flip7 turut dilengkapi bateri 4,300 mAh iaitu peningkatan berbanding model sebelumnya dengan sokongan pengecasan berwayar 25W serta pengecasan nirwayar.
Sistem operasi One UI 8 berasaskan Android 16 pula dijanjikan dengan 7 tahun kemas kini perisian dan sekuriti, menjadikannya antara peranti paling tahan lama di pasaran.
Baca: Samsung Galaxy Z Fold 7 Menyempurnakan Erti Multitasking