Kemampanan Memajukan Intipati Samsung Galaxy
Sejak dari siri Galaxy S22, Samsung Galaxy telah meningkatkan penggunaan bahan kitar semula daripada enam komponen dalaman bagi Galaxy S22 Ultra kepada 12 komponen dalaman dan luaran bagi Galaxy S23 Ultra. Siri Galaxy S23 juga mempunyai pelbagai jenis bahan kitar semula berbanding dengan telefon pintar Galaxy yang lain, termasuk aluminium dan kaca kitar semula pra-pengguna dan plastik kitar semula pasca pengguna yang diperoleh daripada pukat terdampar, botol PET dan tong air.
Siri S baharu dibina dengan bahan prepengguna terkitar semula sebanyak 22 peratus dan juga merupakan peranti pertama di pasaran untuk memasarkan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2 yang meningkatkan ketahanan peranti. Selain itu, setiap telefon pintar Galaxy S23 disertakan dalam kotak pembungkusan yang diperbuat sepenuhnya dengan kertas kitar semula. Samsung Galaxy melanjutkan usahanya untuk meminimumkan impak terhadap alam sekitar tanpa menjejaskan kualiti dan estetika siri Galaxy S23. Siri Galaxy S23 diiktiraf 19 UL ECOLOGO® yang mengesahkan produk tersebut memang mesra terhadap alam sekitar.