Sempena pelancaran Samsung X You, tiba masanya untuk menukar gaya telefon pintar Samsung Galaxy menjadi seperti diri anda sendiri!
Cara penggayaan peranti benar-benar mencerminkan diri seseorang itu. Sama ada anda seorang yang sukakan gaya estetik, kesenian atau grunge, telefon pintar Samsung ialah peranti terbaharu yang dapat membuatkan anda mengekspresikan diri sendiri. Samsung membolehkan anda menukar gaya telefon pintar sama ada dalaman (perisian) atau luaran (aksesori), agar dapat mengikut kehendak anda.
Flex window Galaxy Z Flip5 kini bersaiz besar berbanding Galaxy Flip yang dulu. Dengan perincian ini, anda dapat memilih pelbagai jam grafik, bingkai atau menambah widget untuk mengakses maklumat yang diperlukan dengan cepat dan mudah. Anda juga boleh memadankan gaya flex window skrin jam siri Galaxy Watch6, untuk paparan yang diselaraskan di seluruh peranti Galaxy anda.
Hadir dengan empat pilihan warna iaitu Mint, Lavender, Cream dan Graphite, dan lebih istimewa, jika anda yang membuat belian secara dalam talian, ada empat lagi warna istimewa ditawarkan iaitu Kelabu, Biru, Hijau dan Kuning. Dengan bentuk bersaiz poket, telefon pintar ini boleh dilipat kemas ke dalam poket dan beg anda.
Kempen ‘Samsung x You’ dilancarkan untuk menyampaikan produk dan pengalaman peribadi terbaik untuk peminat di seluruh rantau Asia Tenggara serta Oceania (SEAO). Kempen ini bertujuan untuk pengguna di SEAO bagi berhubung dengan komuniti yang berkongsi dan memahami perkara yang mereka suka akan Samsung.
Samsung mewujudkan satu siri kempen hiperlokal yang terdiri daripada kerjasama dengan artis dan jenama tempatan. Hiperlokal ialah maklumat yang berorientasikan sekitar komuniti yang jelas dengan fokus utamanya ditujukan kepada perbincangan pengguna dalam komuniti tersebut. Kempen Samsung x You menawarkan produk dan pengalaman yang inovatif serta unik meraikan pengguna dan keperibadian mereka.
Anda boleh mengekspresikan personaliti serta identiti unik anda daripada warna kepada aksesori atau skrin penutup kepada user inteface (UI). Sebagai contoh, terdapat aksesori Studio Bespoke yang membolehkan anda melekatkan produk kegemaran, serta membeli peranti Samsung Galaxy yang dihias agar sesuai dengan gaya unik amda.
Layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk lebih lanjut.
Baca: Samsung Galaxy Z Flip5, Ini 5 Ciri Yang Buat Saya Jatuh Hati