Kami percaya semasa minggu pertama puasa ini ramai dikalangan kita sedang bersemangat untuk memasak dan mencuba menu baru untuk berbuka. Mahu teruskan semangat itu, EH! ketengahkan 5 akaun masakan di instagram yang bakal menyelamatkan hari anda.
Lets kill the time semasa berpuasa minggu ini dengan mencuba menu-menu baharu yang kami rasa anda boleh lakukan hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang senang dicari juga tampil dengan langkah yang mudah. Kami juga turut rasakan sepanjang PKP di bulan puasa ini adalah masa yang cukup sesuai untuk anda latihkan diri di dapur dan buat anda skip sebentar memesan makanan di Grab atau FoodPanda buat berbuka.
Lima akaun Isntagram yang kami senarikan ini sentiasa hadir dengan menu masakan yang istimewa, kalau lihat mereka memasak buat kami jadi kecur liur malah resipi yang dikongsikan oleh bintang media sosial ini juga tidak rumit, tampil dengan tip, panduan dan suara latar yang menghiburkan hari anda. Teruskan meluncur ke bawah untuk mengetahui siapa mereka.
#1 @khairulaming
Tiap kali tiba bulan puasa, akaun milik jejaka ini akan jadi trending dengan menu masakan yang menarik dan cara penyampaiannya juga tampak cukup telus dan bersahaja. Membariskan menu masakan dan pemanis mulut yang mudah, Khairul Amin mahu mengajak anda untuk cuba sendiri resipi yang dia ketengahkan sepanjang bulan puasa ini dalam siri 30 Hari 30 Resipi yang menampilkan pelbagai jenis masakan dan pemanis mulut yang bakal buat anda terliur. Antara yang menjadi kegemaran kami ketika ini adalah Air Sagu Gula Melaka dan juga Pengat Pisang yang kini sudah mencecah 1juta tontonan di Instagram.
#2 @Adikfoods
Kesemua resipi yang dimuatkan dalam satu minit tampil dengan langkah yang padat dan mudah diikuti. Setiap hasil air tangan Faezah Binti Sufian dalam akaun miliknya ini diketengahkan dengan cukup bersahaja dan membuat sesiapa sahaja jadi lapar melihat cara dia menyediakannya. Menampilkan pelbagai aneka makanan dari pemanis mulut hingga lauk yang menyelerakan, mencuba resipi yang dikongsikan menerusi akaun yang memiliki 477 ribu pengikut di Instagram ini pasti menyempurnakan menu berbuka puasa anda.
#3 @raffieyusoff
Pemilik akaun kek coklat @indulgebycoco ini juga merupakan salah seorang jejaka yang gemar memuat naik resipi masakan yang pantas, mudah dan semestinya tampak cukup menyelerakan. Setiap posting video yang dimuat naik akan disertakan bersama bahan-bahan yang digunakan juga foto hasil makanan yang kami rasa cukup convincing untuk dicuba. Antara yang menjadi kegemaran kami dalam siri #AMinuteWithRaffieYusoff ini adalah Nasi Goreng Kampung Seafood dan Spicy Tuna Spaggethini!
#4 @aziekitchen
Kak Azie sudah jadi blogger resipi yang dikenali ramai dengan keistimewaan menu masakan Melayu dan tradisional. Baik di laman sesawang miliknya juga di akaun instagram, Haziah Binti Jaya yang juga merupakan penulis buku 101 Resipi Dari Azie Kitchen ini sentiasa mengetengahkan resipi masakan yang mudah untuk diikuti, dan setiap hasil masakannya tampil cukup menyelerakan, seperti masakan ibu!
#5 @icookweeat
Antara akaun masakan yang menampilkan pelbagai menu masakan Melayu bersama pesona suara latar yang cukup delighted! Dia yang tidak mahu dikenali (anonymous) mengetengahkan setiap resipi masakan Melayu popular antaranya Terung Goreng Berlado, Pengat Keledek, Sagu Gula Melaka yang bakal buat anda terkenang semula akan makanan di kampung halaman. Sesuai juga dicuba buat ‘beginners’ seperti kita antara sajian yang kami teruja untuk cuba ialah Sambal Bilis Tempe Kentang!