Berlandaskan arus teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa batasan kini, aplikasi media sosial “Instagram” semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia khususnya golongan belia.
Gambar: Kryz Uy
Menjangkau lebih 1 billion pengguna berdaftar pada tahun lalu, tidak hairanlah Instagram menjadi salah satu landasan terbaik buat penggemar OOTD (Outfit of The Day) menonjolkan gaya harian mereka di laman berkenaan.
Kehadiran telefon pintar yang mencorakkan akses aplikasi ini digunapakai dalam peranti tersebut telah membenarkan sesiapa sahaja tampil memperlihatkan diri mereka di Instagram. Tidak kira perkongsian gaya santai mahupun foto makanan, EH! yakin, pasti menjadi igauan setiap pengguna dibanjiri ribuan “like” daripada pengikut mereka.
Namun, ia telah menjadi lumrah buat golongan pengikut yang ramai seperti para Selebriti atau “Instafamous” menerima kunjungan “like” yang tinggi serta dihujani ribuan ulasan atau komen hasil perkongsian foto di laman Instagram milik mereka. Hal ini kerana, penghasilan gambar yang menarik dan berkualiti tinggi adalah datang daripada teknik fotografi yang betul dan berkesan.
Oleh itu, EH! kongsikan beberapa langkah mudah peroleh banyak “like” di Instagram dengan teknik fotografi yang tepat agar anda tempak bersinar persis model di laman berkenaan.