Sarung dah ready? Keretapi Sarong kembali lagi! Memasuki edisi ke-10, acara yang setiap tahun mengubah pengangkutan awam menjadi lautan sarung ini bakal berlangsung pada 16 September 2026.
Dengan tema ‘Sayang Malaysia’, KS26 kali ini bukan sahaja lebih besar, tetapi diperluaskan lagi ke 10 bandar di seluruh Malaysia dengan sasaran 25,000 peserta.
Kalau Lembah Klang, Kita Jumpa Dekat Mana?
Untuk peserta di Lembah Klang, perjalanan akan bermula dari 12 stesen terpilih sebelum semua peserta bergerak menuju ke satu secret destination.
Tapi jangan sibuk cari senarai stesen dekat internet dulu. Pihak penganjur memang mengekalkan elemen kejutan dengan tidak mendedahkan kesemua 12 stesen secara terbuka bagi menjaga kerahsiaan destinasi akhir.
Peserta biasanya akan mengetahui stesen pilihan masing-masing melalui saluran rasmi media sosial Keretapi Sarong atau kemas kini berkaitan tiket dan pendaftaran.
Jadi, stesen mana yang anda dapat? Tunggu pengumuman rasmi dan jangan lupa stay tune dengan update masing-masing!
Bukan KL Sahaja!
Keretapi Sarong tahun ini turut bergerak ke Sungai Petani, George Town, Ipoh, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuantan, selain tiga lokasi baharu iaitu Padang Besar, Langkawi dan Kuching.
Kuching juga mencipta sejarah sebagai lokasi pertama di luar Semenanjung yang menyertai Keretapi Sarong. Tetapi, acara di sana ditangguhkan ke Disember susulan keadaan jerebu.
Dengan lebih banyak bandar terlibat, vibe Keretapi Sarong kali ini memang bukan untuk warga Lembah Klang sahaja tetapi telah diperluaskan bagi semua rakyat Malaysia dapat merasakan momen ikonik ini!
Sarong On, Joget Pun On!
Jangan lupa untuk on telefon anda dan get ready to dance! Sebab bukan outfit sahaja yang perlu dipikirkan. Tahun ini, ‘Joget Sarong’ dipilih sebagai lagu tema rasmi KS26 dan turut hadir dengan Joget Sarong Dance Challenge.
Tema ‘Sayang Malaysia’ yang pernah digunakan pada 2017 juga kembali untuk edisi ke-10. Jadi, selain tampil dengan sarung paling standout, bolehlah practice dance moves anda sekali.
Official Merch Pun Ada
Nak bawa balik sesuatu selain gambar dan video sebagai kenangan? Official merchandise KS26 juga sudah tersedia.
Antara yang paling special ialah Enamel Pin Koleksi Gemilang, khas untuk meraikan perjalanan 10 Tahun Bersama Keretapi Sarong. Booth rasmi akan berada di secret location, jadi jangan lupa singgah nanti.
Rakam, Post & Menang RM2,200
Memandangkan Keretapi Sarong memang penuh dengan content-worthy moments, tahun ini peserta juga boleh cuba nasib menerusi #KS26 Video Contest.
Rakam momen paling menarik sepanjang acara dan siapa tahu, video anda boleh membawa pulang hadiah sebanyak RM2,200.
Keretapi Sarong bermula sejak 2012 dan terus berkembang menjadi antara acara Hari Malaysia yang paling colourful. Tahun lalu sahaja, kira-kira 10,000 peserta hadir dengan pelbagai persembahan budaya termasuk tarian tradisional, muzik dan sesi penceritaan.
Untuk edisi ke-10 ini, skala mungkin semakin besar, tetapi konsepnya masih sama, sarung, semangat Malaysia dan satu hari untuk enjoy bersama.
Artikel Berkaitan: Do & Don’ts Keretapi Sarong 2026
